Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

Pan-pan -Dari Sebuah Kerajaan Naungan Kepada Sebuah Empayar

Imej
Kemunculan Pan-pan adalah suatu misteri yang berpanjangan apabila negara tersebut tiba-tiba menghantar utusan ke China (Dinasti Song Selatan) pada tahun 424 M dan berterusan sehingga tahun 453M. Pan-pan adalah sebuah negara naungan bagi Empayar Funan. Dipercayai Pan-pan dibuka semula oleh Raja Funan ketiga yang bernama Pan-pan. Baginda menuruni takhta Funan dan menyerahkan Takhta kepada Fan-shi-man, ketua panglima Funan di zamannya.
Tiga tahun selepas ditabalkan, Pan-pan dikatakan telah mangkat dan takhtanya diberikan kepada Pan-shi-man. Hipotesis saya, Sesuatu sebenarnya telah berlaku. Pan-pan berjaya melarikan diri ke Tun-sun dan membuka negara Pan-pan. Pada masa yang sama, Pan-shi-man yang telah menguasai takhta Funan membina ketumbukan tentera laut yang kuat dan menawan Pan-pan, seterusnya dijadikan negara naungan Funan. Mungkin Fan-shi-man tidak membunuh Pan-pan yang telah membuang segala kekayaannya untuk menjadi sami di Pan-pan. Pan-pan menjadi Bandar Suci Agama Buddha pertama…