Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Kelahiran Empayar Srivijaya – Sebuah Empayar Persekutuan

Imej
Dalam sejarah manusia, peperangan tidak pernah dapat dielakkan. Peperangan berlaku apabila beberapa buah kerajaan saling berebut wilayah, kuasa, ekonomi, kepercayaan dan sebagainya. Semenanjung Tanah Melayu adalah sebuah kawasan yang sangat kaya di zaman dahulu. Kekayaan ini mendorong manusia-manusia yang wujud di kawasan tersebut dan manusia di sekitarnya berminat untuk menguasainya. Sesiapa yang menguasai Tanah Melayu di masa itu turut dapat menguasai ekonomi di Timur dan Baratnya. Pernyataan ini berikutan daripada Tanah Melayu terletak di laluan perdagangan dunia di masa lalu.
Sebelum 670M, berlaku persempadanan Melayu-Chenla yang wujud di Hujung Segenting Kra (Kraburi). Kawasan lembangan daratan Asia Tenggara dikuasai sepenuhnya oleh Chen-la manakala kawasan Kepulauan dan Semenanjung dikuasai oleh kerajaan-kerajaan melayu. Penyatuan etnik Mon-Khmer dalam Empayar Chen-la menyebabkan mereka menjadi sebuah empayar yang kuat, namun mereka tetap tidak dapat menguasai Kerajaan Champa (…

Jangan lepaskan peluang ini

Imej
Sesungguhnya, tiada yang lebih menyayat hati daripada melihat bangsanya dijajah, fizikalnya mahupun mentalnya. Jika suatu masa dahulu, melayu disogokkan hanya untuk mewarisi "pekerjaan kampung" melalui sekolah-sekolah rakyat yang diwujudkan oleh penjajah British, yang mana nenek moyang kita dahulu dibenarkan bersekolah hanya sampai darjah 6 sahaja semata-mata untuk mewarisi pekerjaan petani biasa ataupun nelayan kecil-kecilan. Momokan melayu sebatang jarum pun tidak mampu hendak perbuat sangat menyakitkan hati, tapi kita telan bulat-bulat apa sahaja yang disuakan oleh penjajah British.

Tanpa kita sedari, tradisi maritim kita sedikit demi sedikit terhakis. Kewujudan bandar-bandar pelabuhan di seluruh alam melayu seumpama hilang ditelan zaman, sehingga kita melihat teknologi purba melayu melalui pandangan teknologi sekarang, walhal pengetahuan nenek moyang kita jauh lebih tinggi berbanding sains moden. Seawal abad pertama masihi, telah wujud pelbagai negarakota-negarakota di s…

Chih-tu : Empayar Melayu Yang Kemerahan dan Gilang-Gemilang

Imej

Politi Kerajaan-Kerajaan Melayu dari Pertengahan Abad ke-6 hingga Abad ke-7M

Imej