Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

Jangan lepaskan peluang ini

Imej
Sesungguhnya, tiada yang lebih menyayat hati daripada melihat bangsanya dijajah, fizikalnya mahupun mentalnya. Jika suatu masa dahulu, melayu disogokkan hanya untuk mewarisi "pekerjaan kampung" melalui sekolah-sekolah rakyat yang diwujudkan oleh penjajah British, yang mana nenek moyang kita dahulu dibenarkan bersekolah hanya sampai darjah 6 sahaja semata-mata untuk mewarisi pekerjaan petani biasa ataupun nelayan kecil-kecilan. Momokan melayu sebatang jarum pun tidak mampu hendak perbuat sangat menyakitkan hati, tapi kita telan bulat-bulat apa sahaja yang disuakan oleh penjajah British. Tanpa kita sedari, tradisi maritim kita sedikit demi sedikit terhakis. Kewujudan bandar-bandar pelabuhan di seluruh alam melayu seumpama hilang ditelan zaman, sehingga kita melihat teknologi purba melayu melalui pandangan teknologi sekarang, walhal pengetahuan nenek moyang kita jauh lebih tinggi berbanding sains moden. Seawal abad pertama masihi, telah wujud pelbagai negarakota-negarakota d

Chih-tu : Empayar Melayu Yang Kemerahan dan Gilang-Gemilang

Imej
Yang-ti memanggil pembesar-pembesar istana Sui datang mengadap. Baginda amat bercita-cita untuk menakluki dunia sebelah Utara dari empayarnya, setelah berjaya menundukkan Negara Dai (Viet) dan sebahagian Champa. Namun begitu, baginda amat bercita-cita untuk menakluki negara Goguryeo, sebuah Kota Maritim di Semenanjung Korea. Lalu baginda menghantar pegawai-pegawai kepercayaan baginda untuk membuat hubungan diplomasi dengan negara yang sangat kaya di Asia Tenggara iaitu Chih-tu bagi membiayai kempen perang di Goguryeo. Chih-tu merupakan sebuah negara kota yang sangat kaya raya. Kekayaan negara ini terkenal seantero dunia kerana negara ini mengawal kawasan perlombongan emas dan perdagangan di Timur dan Barat Selat Melaka. Namun begitu negara ini sering diancam oleh negara-negara lain yang menjadi pesaing kepada negara ini. Antara negara yang paling dahsyat mengancam ialah negara Chen-la. Chen-la yang telah berjaya menghalau Rudravarman serta keluarga diraja Funan yang berban