Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Dari Kedah Tua, Jawaka, Kunlun kepada Pembentukan Funan

Imej
Kedah Tua dikenalpasti merupakan sebuah wilayah yang kaya raya dengan perdagangan besi keluli antara terbaik dunia, sejak kurun ke-5 S.M. lagi dan menjadi sebuah pelabuhan yang kaya raya. Tidak hairanlah jika banyak negarakota yang cemburu dan mahu menakluki Kedah, walaupun pelabuhan Takua Pa dan Tenasserim lebih utara daripada Kedah Tua, dan ada laluan rentas semenanjung (Trans-Peninsular) di sana. Dari Takua Pa atau dari Tenasserim, Kapal-kapal akan melalui laluan Rentas Semenanjung untuk menuju ke pelabuhan seterusnya iaitu di Ec Eo.   Namun, disebabkan permintaan besi keluli untuk senjata sangat tinggi menyebabkan Pelabuhan Kedah Tua di Sungai Batu menjadi sangat popular. Keadaan ini menjadikan Kedah Tua sasaran untuk dijadikan negara taklukan kepada empayar-empayar yang lebih hebat persenjataan, ketenteraan dan tentera laut mereka. Sejak Tahun 600 S.M. lagi, Kedah sentiasa terancam dengan serangan dan penaklukan dari pelbagai pihak yang mahu menguasai laluan perdagangan. Namun,

Projek Austronesia – Kajian Genetik Mengesahkan Asal-Usul Manusia di Lautan Pasifik Selatan (South Pacific Islanders) Bab 2

Imej
*Artikel ini pernah disiarkan di Page Facebook The Patriots. Sila like Page The Patriots untuk pelbagai info menarik. Terima Kasih…   Rentetan daripada artikel yang pertama, kita telahpun mengetahui bahawa Orang-orang di Lautan Pasifik Selatan merupakan saudara melayu kita yang telah jauh terpisah, sekurang-kurangnya 3,000 tahun dahulu. Namun, tanpa bukti yang lebih kukuh, pernyataan ini hanyalah tinggal pernyataan yang akhirnya menjadi hipotesis semata-mata. Daripada hipotesis ini, akhirnya ia hanya menjadi cerita rakyat yang didendangkan kepada anak-anak sebelum mereka melelapkan mata di dinihari.   Mujurlah perkembangan teknologi hari ini yang semakin moden dan dapat membuktikan pelbagai teori bukanlah hanya teori. Bukti yang tidak dapat disangkal lagi ialah kemandirian Asid Deoksiribonukleik atau DNA yang terdapat di dalam mitokondria sesuatu organisma yang diwarisi daripada ibu mereka. DNA dalam Mitokondria dikenali sebagai MtDNA yang menjadi kajian terkini dalam Projek Genom Manu

Kedah Tua… Dari Sebuah Kota Kepada Sebuah Empayar

Imej
  Kerajaan Kesultanan Kedah adalah kerajaan yang diiktiraf sebagai kesultanan yang tertua di dunia. Semenjak Phra Ong Mahawangsa Durbar Raja II, Raja Kedah yang ke-9 memeluk islam dan menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Syah I pada Tahun 1136 M, nasabnya kekal sehingga kini iaitu Yang Dipertuan Agong sekarang, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Syah inbi Al-Marhum Sultan Badlisyah, Sultan Kedah yang ke-27.   Namun, sejarah negara Kedah amatlah jauh. Jauh lebih lama daripada zaman Kesultanan Kedah. Ia bukan bermula dengan Merong Mahawangsa ataupun Maharaja Durbar Raja I. Merong Mahawangsa berkemungkinan adalah pahlawan dan nakhoda melayu daripada zaman Heraclius atau Heraclonas, dua pemerintah bersama dalam empayar Rom Timur (Bizantine). Selepas kejayaan mengalahkan Parsi (Perang dengan Khosrau II), Mungkin Heraclius menghantar Merong Mahawangsa sebagai jurumudi dan kapten pelayaran ke China, untuk mengahwinkan putranya dengan putri Raja China di sebuah tempat yang dinamakan Langkasuk

Benarkah Istana Melaka Hanya di Bukit Melaka (St. Paul) sahaja?

Imej
Kesultanan Melayu Melaka, nama yang sungguh gah di mata dunia. Masakan tidak, ia digelar Venice of The East, ataupun Venice adalah Melaka di Barat… Begitu gahnya Melaka yang sangat kaya-raya di zamannya. Dikhabarkan istana Melaka itu sendiri penuh dengan perhiasan emas, bersepuh emas dan ada kereta kuda lengkap diperbuat daripada emas. Menurut cerita lisan, memang ada projek membina jambatan emas dan jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang. Namun begitu, peninggalan Melaka amatlah jarang di dapati. Adapun, Portugis tidak dapat bertapak di Melaka jika Sultan Melaka pada waktu itu iaitu Sultan Ahmad Syah tidak meninggalkan kubu pertahanan Melaka seperti yang dinasihatkan oleh pembesar-pembesar istana pada masa itu. Menurut catatan Portugis pada tahun tersebut, serangan demi serangan yang dilakukan dapat dipatahkan. Namun, apabila tempoh bertenang yang diberikan selama seminggu atau tiga hari (ada dua sumber), Portugis berjaya masuk ke dalam kubu yang telah ditinggalkan. Peta K

Tanah Bertuah, Tumpuan Perdagangan Dari Dunia Purba Hingga Sekarang

Imej
Inilah tanah bertuah, Tanah tumpahnya darahku, Tumpuan pedagang dari serata dunia Dari Timur, Barat, Utara mahupun Selatan Dari zaman dahulu hinggalah ke hari ini Tamadun yang dikurniakan kekayaan Emas, Besi, Timah, rempah dan laluan antarabangsa... antara Tamadun Timur dan Barat. Setiap tamadun yang menjadi tumpuan perdagangan mestilah mempunyai produk tersendiri yang menarik minat mereka untuk datang ke sini, sama ada membeli-belah, berlibur mahupun bersosial. Umpama Midvalley, setiap hari semestinya penuh dengan ummat manusia kerana menjanjikan pelbagai keseronokan, daripada membeli-belah, menonton wayang, makan-makan serta lepak-lepak. Begitu juga dengan tamadun purba awal yang melingkari seluruh kepulauan tanah melayu ini, menjanjikan pelbagai produk bermutu kepada semua pedagang yang sanggup datang dari Anatolia mahupun Afrika Selatan. Tambahan pula, warga asli di kepulauan melayu ini dikurniakan bakat navigasi tersendiri yang mampu memacu perahu-perahu dan jong-jong p

Istana Kesultanan Melayu Melaka Yang Asal, Tidak Logik di Bukit Melaka?

Imej
Saya ditag di dalam status muka buku (facebook) seorang figura yang menayangkan grafik atau ilustrasi Istana Melaka di era Sultan Mahmud yang tersergam indah di puncak bukit Melaka. kemudian, ada individu yang komen menafikan kelogikan ilustrasi tersebut. berikut adalah sedutan pernyataan beliau di sana, " Mintak maaf sy mencelah..ini adalah foto gereja st paul yg dibina pada 1512 oleh portugis..gereja ni terletak betul2 dipuncak bukit st paul..dan gereja ni tak lah besar manapun..apa yg saya nak tekankan disini ialah puncak bukit st paul tak besar..muat2 untuk sebuah gereja kecil..jadi mcmana kita boleh kata istana sultan yg begitu gah boleh dibina diatas puncak bukit st paul yg kecik ni?..kita tak ... boleh merujuk kepada lukisan semata mata..kita kena pergi ketempat itu untuk memahami realiti sebenarnya..a famosa pulak merujuk kepada satu satunya pintu gerbang tembok kota yg mengelilingi bukit st paul..tembok dah jahanam di runtuhkan oleh inggeris yg tak mau ada kaitan d

Amdan Nagara dan Bija Nagara - Misteri Melayu dalam Sulalatus Salatin, Suatu Hipotesis Sejarah

Imej
Amdan Nagara dan Bija Nagara, dua buah negarakota yang disebut dalam Sulalatus Salatin. Dalam SS versi Raja Bongsu dikatakan Raja Suran drp Benua Keling, Nagapatnam namanya. Sebelum ini, saya pernah menyatakan pendapat mengenai Nagapatnam, tanah yang dipajakkan oleh RajaRaja Chola kepada Raja Melayu Syulamanivarman (Chudamanivarman) dan anaknya Mara Vijaya Tungga Varman. Salah satu pemandangan di Danau Toba, gunung berkabus tebal Kemudian, setelah polisi Kerajaan China bertukar daripada perdagangan berpusat kepada perdagangan bebas. Jadi, banyak negarakota-negarakota yang membebaskan diri daripada Srivijaya dan membina hubungan tersendiri dengan Negara China. Namun, 'House of Srivijaya' tidak berputus asa. Muncullah Dinasti Mauli yang menjadi penakluk agung 15 buah negarakota-negarakota yang membebaskan diri daripada Srivijaya, lalu muncullah Dharmasraya sebagai penerus Srivijaya. Dharmasraya juga sering dikenali sebagai Bhumi Malayu, sepertimana yang terpahat di Pat

Strategi Portugis Menawan Melaka

Imej
Strategi Portugis untuk menawan Melaka ialah pengetahuan yang mendalam mengenai Melaka dan kelemahan-kelemahan Kota Melayu itu. Ilustrasi Istana Melaka di atas Bukit Melaka semasa ketibaan Kuasa Eropah di Melaka. 1. Selepas menjarah Ormuz, Afonso de Albuquerque mendapatkan banyak senjata api dan meriam sebagai ufti daripada Kerajaan Hormuz. 2. Berusaha menakluk Goa dan memecahkan perpaduan di Lautan Hindia, seterusnya bersekutu dengan Vijayanagar, Malabar dan Gujarat (hipotesis saya) selepas Perang Diu dengan Mamluk dan Kesultanan / Kerajaan2 di India. 3. Mengetahui strategi pertahanan Melaka yang dipenuhi dengan meriam dan lela, di sepanjang kubu pertahanan Melaka. diberitakan sebanyak 2000-3000 artileri yang wujud di situ. 4. Namun, persenjataan dan pertahanan Melaka dikuasai oleh 20,000 tentera upahan daripada Jawa, Gujarat dan sebagainya. 5. Berusaha menyogok tentera-tentera upahan untuk meninggalkan pos kawalan masing-masing. Tektiknya berjaya apabila te

Misteri Nagapattinam, Chudamani Vihara dan Raja-raja Sailendra (Srivijaya)

Imej
Kalau mengikut Sejarah Melayu versi Shellabear, Abdullah Munsyi dsbnya, kita dapati Raja Suran yang menakluk Gangga Nagara dan Ganggayu tu ialah Rajendra Chola yg menjarah kota-kota pelabuhan, selari dengan dapatan daripada Inskripsi Tanjore... Namun, mengikut Susunan Raja Bongsu yang dikatakan naskhah asal sebelum diambil dari Goa, Raja Syulan yang menewaskan Raja Gangga Nagara ialah Seorang Raja yang datang dari Nagapatnam, Kota Pelabuhan di Pantai Timur Anak Benua India. Umum kita tahu Nagapatnam sehingga Vengi merupakan kawasan jajahan Empayar Chola. Namun, ada Lompong yang sukar difahami. 1) Ibukota Rajendra Chola ialah Thanjavur (Tanjore) dan kemudian berpindah ke Gangaikonda Cholakurram, ke arah Barat Nagapattinam, bukan Nagapattinam itu sendiri. 2) Terdapat sebuah Inskripsi yang digelar Large Leyden Copperplate yang menceritakan berkenaan pmbinaan sebuah Biara Buddha yang dinamakan Chudamani Vihara. Vihara Buddha ini dibina oleh Mara Vijayatungga Varman, Maharaja Empe

PROJEK AUSTRONESIA - BETAPA BESARNYA ALAM MELAYU? BAB 1

Imej
**Artikel, seperti yang telah disiarkan oleh Page The Patriots pada Ogos 2014. Austronesia bukanlah suatu perkataan yang wujud beribu-ribu tahun dahulu, bahkan langsung tidak pernah kedengaran dalam rekod Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Austronesian merupakan suatu kawasan geografi berkaitan dengan orang-orang yang bertutur dalam kelas bahasa (linguistik) yang sama iaitu Bahasa Austronesia. Istilah Bahasa Austronesia baru sahaja dicipta oleh pengkaji Barat. Ya Pengkaji Barat! Yang sesuka hati menggelarkan kita dengan pelbagai gelaran. Istilah ini digunapakai sejak tahun 1920-an untuk menggantikan istilah Malayo-Polynesian (Melayu-Polinesia) yang telah digunapakai oleh pengkaji-pengkaji Barat pada tahun 1750-1900++. Peta Taburan Penutur Bahasa-bahasa Austronesia Meminjam daripada perkataan Latin, iaitu ‘Austral’ yang bermaksud Selatan dan Perkataan Greek ‘Nesos’ yang bermaksud Pulau, ahli-ahli lingustik dan antropologi memilih untuk menggunakan istilah Austronesia untuk me