Benarkah Istana Melaka Hanya di Bukit Melaka (St. Paul) sahaja?


Kesultanan Melayu Melaka, nama yang sungguh gah di mata dunia. Masakan tidak, ia digelar Venice of The East, ataupun Venice adalah Melaka di Barat… Begitu gahnya Melaka yang sangat kaya-raya di zamannya. Dikhabarkan istana Melaka itu sendiri penuh dengan perhiasan emas, bersepuh emas dan ada kereta kuda lengkap diperbuat daripada emas. Menurut cerita lisan, memang ada projek membina jambatan emas dan jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
Namun begitu, peninggalan Melaka amatlah jarang di dapati. Adapun, Portugis tidak dapat bertapak di Melaka jika Sultan Melaka pada waktu itu iaitu Sultan Ahmad Syah tidak meninggalkan kubu pertahanan Melaka seperti yang dinasihatkan oleh pembesar-pembesar istana pada masa itu.
Menurut catatan Portugis pada tahun tersebut, serangan demi serangan yang dilakukan dapat dipatahkan. Namun, apabila tempoh bertenang yang diberikan selama seminggu atau tiga hari (ada dua sumber), Portugis berjaya masuk ke dalam kubu yang telah ditinggalkan.

Melaka3
Peta Kawasan Penting di Melaka

12032106_1137047329653959_7572533331261606752_n
Gambar Kubur Hang Li Poh.
Sumber Kredit: Gustiman Tribuana (FB)
Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa istana sebenar Melaka adalah di Bukit Gedung, nama lama bagi Bukit Cina. Bukit Cina itu dinamakan semula oleh Portugis dan Belanda dengan dapatan makam Puteri Hang Li Poh di atas Bukit tersebut. Mungkin ada kebenarannya dengan dapatan tersebut. Jika dilihat, dari Tepi laut, bukit Senjuang adalah pertahanan dari arah Selatan dan Bukit St. Paul adalah pertahanan dari arah utara, istana semestinya berada di antara kedua-duanya, dan bukit Gedung adalah calon yang paling sesuai untuk menempatkan istana mega dengan balai-balai yang cantik di sekitarnya.



12112424_1681146465463840_3325938049016657829_n
Gambar Tembok di Bukit Serindit: Sumber Kredit kepada: Halim Noordin (FB)
Namun, kedapatan juga pendapat yang menyatakan istana Melaka mungkin ada di Bukit Serindit dengan jumpaan tembok lama yang dipercayai dibina oleh Sultan Melaka dan terdapat sebuah kubur panjang yang sudah dipunggar batu nisannya. Kubur panjang itu pula dikatakan kubur Parameswara atau Raja Iskandar Syah, iaitu Raja pertama Melaka.
Namun, ada pihak lain yang menyangkal dengan mengatakan bahawa makam Parameswara ada di Singapura. Sesungguhnya, hamba percaya makam di Singapura itu ialah makam Seri Maharaja, Tun Pikrama Wira dan Seri Teri Buana, tiga pemerintah melayu yang asal dari Kerajaan Melayu Singapura Purba, sebelum Raja Iskandar Syah melarikan diri dan membuka Melaka. Masakan Raja yang mangkat di Melaka dihantar semula untuk dikebumikan ke Singapura? Semestinya dia mahu dimakamkan abu atau mayatnya di Melaka juga.

33P9111569
Gambar makam yang panjang di Bukit Serindit. Sumber: Merah Silu (merahsilu.blogspot.com)
Pada pendapat saya, kesemua bukit yang terletak di sebelah kanan Sungai sampai ke perbatasan Ujung Pasir adalah Bandar Diraja, eksklusif untuk raja-raja sahaja. Menurut Dokumen Portugis ke Melaka, semasa Portugis sampai ke Melaka, Melaka ada banyak istana-istana (palaces), ada yang diperbuat daripada kayu dan ada yang diperbuat daripada batu (masonic building).
12144793_1137047656320593_6871173439531661048_n
Gambar menunjukkan binaan Tembok Kota Portugis di Melaka
Sumber: PERZIM
Jika diamati dari gambar peta dan tembok kota portugis yang dipercayai dibina di kawasan tersebut, mungkin istana rasmi sebagai pusat pentadbiran dan kedutaan adalah di tebing Sungai dan menghadap ke arah jambatan agung di Muara Sungai Melaka. Bangunan atau istana yang berfungsi sebagai bangunan pentadbiran ini juga menempatkan kompleks pertahanan Kota di bawah Temenggung dan Pejabat Angkatan Laut Melaka di bawah Laksamana. Pentadbiran Kerajaan pula di bawah Bendahara dan Sultan sendiri, sebagai ketua negara, penghakiman dan segala jawatan eksklusif di bawah kuasa Yang Dipertuan Sultan Melaka.
12115893_10207551920931906_3643687251550142322_n
Gambaran Tembok Kota di Tahun 1515 oleh Gaspar de Corriea
Sumber: Kurt Cobain (FB)
Menurut Sejarah Melayu Versi Raja Bongsu yang ditulis dipercayai pada tahun 1530-an dan dikumpul oleh Seri Nara DIraja Tun Bambang pada Tahun 1612, “Pagar istana diperbuat Kota, ada lagi sampai sekarang” (1612). Menurut Lukisan Gaspar De Corriea yang dilakarkan pada Tahun 1515, mendapati Kota Melaka yang asal ialah berbentuk segiempat dan bukan pentagon. Mula-mula, hamba rasa De Corriea hanya melukis ikut suka, tetapi apabila membaca dokumen berkenaan Kota-kota dan Kubu-kubu melayu, hamba dapati ada kemungkinan Kota Melaka yang asal ialah Pagar istana yang mengelilingi Bukit Melaka, tetapi berbentuk segiempat. Pembinaannya diperbesarkan menjadi pentagon di kemudian harinya bagi menempatkan bangunan-bangunan pentadbiran atau Stadhyust (Bangunan Merah) di zaman Belanda, yang mana dibina tembok baru bagi menghalang serangan dari musuh-musuh Portugis di sekeliling Kota Melaka. Mengikut gambaran di atas, hamba percaya Bukit di Sebelah kanan itu ialah Bukit Gedung, dibina sebuah Gereja atau chapel di atasnya oleh Portugis. Terdapat Menara yang berfungsi sebagai Menara Azan dengan masjid di bawahnya (dipunggar habis oleh Portugis untuk menebalkan Tembok Kota), Jambatan dan Lebuh di sebelah kiri Sungai Melaka, yang menempatkan Pasar Melaka. Gambarajah rumah-rumah dan kedai-kedai itu hamba percaya di kawasan landai, bukan perbukitan. Gambaran yang mengikut Sungai yang menyebabkan ia nampak seperti bukit.

jangkaan
Gambaran Istana Utama (Istana Besar) dan Tembok Asal Istana Melaka

Perhatikan betapa luasnya istana yang dibina jika ditempatkan di Bangunan Demokrasi dan Bangunan Kediaman Gabenor Melaka. Bukit Gedung terletak di bahagian utara daripada Istana Petadbiran, nama gedung juga bermaksud yang sama dengan khazanah. Pada firasat hamba, Bukit Gedung ialah tempat Sultan menyimpan kekayaannya, dan mahligai-mahligai yang lebih besar daripada istana di atas Bukit Melaka ini dan menjadi taman larangan sultan.

Di Bukit Serindit pula, bentuk yang seperti tapak kaki itu mungkin kediaman Raja Permaisuri dan dayang-dayang istana. Lihat Taman Rekreasi Tasik MBMB Bukit Serindit di bawah itu, bentuk tasik itu ibarat bayangan kepada Bukit Serindit, tetapi dua kali lebih kecil bentuknya. Mungkin ia telah muncul di zaman Kesultanan dulu, sebagai taman larangan atau kolam tempat puteri-puteri, dayang-dayang dan inang-inang bersiram. Terdapat bentuk seperti kubu tanah yang telah menjadi rendah di sekeliling tasik dan taman rekreasi tersebut.

Jika benarlah telahan hamba, maknanya jika digali di tengah-tengah lebuh di hadapan Bangunan Merah, akan jumpalah Tembok sebenar Istana Melaka.

Ulasan

  1. Salam,congrats cikgu!
    Kipidap berkongsi ilmu.
    Saya pun terlewat mengetahui yang cikgu nizam ada blog sendiri sejak jarang online di border ni.

    See u next article ;)

    BalasPadam
  2. Terima kasih Cikgu Seri.... blog ni baru direka pada minggu lepas...

    ammeeennn, moga selamanya Jatidiri kita meningkat dengan pengetahuan sejarah keagungan kita.

    BalasPadam
  3. Salam en nizam. Saya ingin1 bertanya sekiranya ada data kisah Sultan Ahmad Syah 1511-1513.kehebatannya, kepimpinan, ketenteraan, sahabatnya, menteri dan pembesar muda yang dilantiknya, kejayaan hinggalah ke pembunuhan beliau oleh Sultan Mahmud..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelahiran Empayar Srivijaya – Sebuah Empayar Persekutuan

Kedah Tua… Dari Sebuah Kota Kepada Sebuah Empayar