Tanah Bertuah, Tumpuan Perdagangan Dari Dunia Purba Hingga Sekarang

Inilah tanah bertuah,
Tanah tumpahnya darahku,
Tumpuan pedagang
dari serata dunia
Dari Timur, Barat, Utara mahupun Selatan
Dari zaman dahulu hinggalah ke hari ini
Tamadun yang dikurniakan kekayaan
Emas, Besi, Timah, rempah dan laluan antarabangsa...
antara Tamadun Timur dan Barat.


Setiap tamadun yang menjadi tumpuan perdagangan mestilah mempunyai produk tersendiri yang menarik minat mereka untuk datang ke sini, sama ada membeli-belah, berlibur mahupun bersosial. Umpama Midvalley, setiap hari semestinya penuh dengan ummat manusia kerana menjanjikan pelbagai keseronokan, daripada membeli-belah, menonton wayang, makan-makan serta lepak-lepak. Begitu juga dengan tamadun purba awal yang melingkari seluruh kepulauan tanah melayu ini, menjanjikan pelbagai produk bermutu kepada semua pedagang yang sanggup datang dari Anatolia mahupun Afrika Selatan. Tambahan pula, warga asli di kepulauan melayu ini dikurniakan bakat navigasi tersendiri yang mampu memacu perahu-perahu dan jong-jong pedagang datang dan pergi ke sini. Ramai anak-anak melayu yang jadi nakhoda, memandu kapal-kapal kargo untuk singgah dan memakmurkan lagi kepulauan ini. 

Apa yang menjadi tarikan dalam dunia purba seawal satu millenia sebelum masihi (1000 S.M.) bukan sahaja rempah ataupun wangi-wangian terbaik dunia (gaharu, kemenyan, setanggi), malah ia menjadi tumpuan kerana perusahaan logam iaitu besi dan emas antara yang paling bermutu di dunia. Di mana ada besi dan emas, di situ akan tumbuh bandaraya purba dan pusat kebudayaan yang cemerlang di mana-mana sahaja.

Selain itu, ia menjanjikan laluan perjalanan pantas dari Tamadun Barat (India) ke Tamadun China (Timur) dengan sekian-sekian bayaran. Menurut Buzurg Ibn Shahriyar Al-Ramhormuzi, seorang nakhoda kapal dari Persia yang menulis Buku Ajaib Al-Hind pada tahun 1000M (dibahaskan oleh L. Marcel Devic), menyatakan bahawa Maharaja Zabedj (Zabag) Maharaja yang sangat kaya dengan emas, setiap hari akan melemparkan sebongkah emas (gold brick) ke dalam tasik bagi membuktikan kekayaan sewaktu empayarnya. Empayar Zabag sukar dikenalpasti. Melalui karya tersebut, Empayar Zabag (Zabedj), yang mana pemerintahnya menggunakan gelaran Maharaja, Raja Yang Agung, termasuk kebanyakan tempat di Semenanjung Melaka. "Kepulauan di Lautan Hindi yang menghadap ke Timur dan lebih kurang menghadap ke China, menurut Al-Biruni ialah Kepulauan Zabedj. Orang India memanggilnya sebagai Sourendib (Suvarnadvipa), dikatakan "Kepulauan Emas". Oleh itu, bolehlah dikatakan nama umum bagi kepulauan di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, dan pelbagai kepulauan lain pelbagai saiz adalah Zabedj atau (زابج).

Diberitakan juga, setiap empayar yang ingin berdagang ke sebelah Timur (China) yang melalui empayar Zabedj perlu membayar sekian-sekian bayaran "tol", dikatakan sehingga 20,000 dinar mahalnya. Kapal-kapal dagang yang tidak mahu berhenti di pelabuhan Zabedj juga akan diserang dan dibunuh kesemua krewnya, hanya kerana tidak mahu berlabuh di Kota-kota pelabuhan di Zabedj.
Ajaib Al-Hind (bahasa Perancis)


Sebelum wujudnya empayar Srivijaya yang digelar Zabaj atau Zabedj atau Zabag, Shih Lih Fho She dan sebagainya, Negarakota-negarakota yang wujud di Kepulauan Melayu ini menghasilkan pelbagai produk, yang paling bermutu semestinya emas. Terdapat kesan-kesan Kota purba di kawasan yang ada deposit emas seperti di Kelantan, Pahang, Johor, Jambi, Bau (Sarawak), Kampar. Malahan juga, pelabuhan yang diuruskan oleh Kerajaan Kedah Tua yang muncul seawal abad ke-6 SM juga dipercayai berdagang emas, selain produk utamanya iaitu Besi.

Banyak negarakota-negarakota yang ada produk dominan masing-masing yang menjadi tumpuan, seperti Sungai Batu (Lembah Bujang) di Kedah juara dalam produk besi keluli (Black Steel atau Carbonated Steel) yang sangat bermutu dan dipercayai menjadi besi pedang yang paling tajam dan kuat. Kapur Barus pula didapati dengan banyaknya di Pelabuhan Barus atau Kandis di sebelah Barat Pulau Sumatra. Emas pula didapati di Ka-La-Than, Tan-Tan (Tanathana), Po-Hong (Pahang) dan Malayu. Malayu ini, pelabuhan dan ibukota mungkin terletak di Singapura Purba atau Bintan, Perusahaan dan bandar suci keagamaan di Jambi dan Kampar (masih dalam hipotesis saya), dan produk wangian dari kawasan Tanjungpura. Malayu ini diserap ke dalam Persekutuan Srivijaya kerana kekayaan emasnya.

Kekayaan ini yang menyebabkan Tanah ini menjadi Tanah Bertuah! Warisan Berkurun-kurun lamanya!!! Namun, kini... kita juga yang menjual harta pusaka ini demi kekayaan sekelip mata, namun sementara. Semoga dengan artikel ini, tanah-tanah simpanan adat kita akan terpelihara daripada dijual kepada kapitalis-kapitalis durjana.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kedah Tua… Dari Sebuah Kota Kepada Sebuah Empayar

Benarkah Istana Melaka Hanya di Bukit Melaka (St. Paul) sahaja?

Kelahiran Empayar Srivijaya – Sebuah Empayar Persekutuan