Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Kelahiran Empayar Srivijaya – Sebuah Empayar Persekutuan

Imej
Dalam sejarah manusia, peperangan tidak pernah dapat dielakkan. Peperangan berlaku apabila beberapa buah kerajaan saling berebut wilayah, kuasa, ekonomi, kepercayaan dan sebagainya. Semenanjung Tanah Melayu adalah sebuah kawasan yang sangat kaya di zaman dahulu. Kekayaan ini mendorong manusia-manusia yang wujud di kawasan tersebut dan manusia di sekitarnya berminat untuk menguasainya. Sesiapa yang menguasai Tanah Melayu di masa itu turut dapat menguasai ekonomi di Timur dan Baratnya. Pernyataan ini berikutan daripada Tanah Melayu terletak di laluan perdagangan dunia di masa lalu.
Sebelum 670M, berlaku persempadanan Melayu-Chenla yang wujud di Hujung Segenting Kra (Kraburi). Kawasan lembangan daratan Asia Tenggara dikuasai sepenuhnya oleh Chen-la manakala kawasan Kepulauan dan Semenanjung dikuasai oleh kerajaan-kerajaan melayu. Penyatuan etnik Mon-Khmer dalam Empayar Chen-la menyebabkan mereka menjadi sebuah empayar yang kuat, namun mereka tetap tidak dapat menguasai Kerajaan Champa (…