Bukti Kerajaan Funan itu Kerajaan Melayu

Terlalu banyak pertikaian yang terjadi apabila melibatkan empayar Funan ini. Masakan tidak, Funan adalah simbol kekuasaan dan kejayaan empayar pertama yang dikesan di Asia Tenggara, seawal abad pertama masihi hingga lebih kurang abad ke-6 Masihi. Selama sekurang-kurangnya 600 tahun Funan menaungi kawasan yang sangat luas terbentang, bersempadanan dengan Champa di Timur, Wilayah Yunnan di Utara, Pan-pan di Selatan dan mencapai Anak Benua India di Utara menunjukkan wilayah Funan yang sangat luas dan dapat mengekalkan pemerintahan ke atas pelbagai suku kaum yang berlainan keturunan, warna kulit dan bahasa. Penguasa Funan pastinya suatu kaum purba yang sangat hebat dan mempunyai kebolehan dalam memimpin, membuat diplomasi dan berkebolehan menyatukan kaum-kaum lain. Banyak hipotesis dan pendapat sarjana-sarjana sejarah berkaitan Kaum asal di Funan dan bahasa rasmi Funan. Menurut Vickery (2003), Funan adalah kerajaan Mon-Khmer kerana bahasanya ada persamaan dengan Bahasa Tun-sun, yang mana ...