Singapura Purba: Waris Kerajaan Malayu Yang Bersinar


1819 - Stamford Raffles sangat teruja dengan penemuan tembok kota purba di Bukit Larangan, digelarnya Fort Canning Hill. Di atas bukit itu, ditemui maqam raja-raja agung bangsa melayu. Raffles rasa sangat kagum dengan Raja-raja melayu Singapura sampai dia berkata bahawa kalau dia mati, dia mohon disemadikan bersama abu atau mayat raja-raja melayu, yang tersemadi di atas bukit tersebut. Apa yang ditemui oleh Raffles di atas bukit itu?
 
1360-an - Majapahit sangat marah dengan kebiadapan Tun Seri Pikrama Wira, Maharaja Singapura purba kerana menolak permintaannya supaya Singapura membayar ufti dan tunduk ke bawah Kuasa Majapahit. Utusan Majapahit yang dihantarkan ke Singapura pula dimalukan dengan peristiwa menarah kepala budak. Lalu, Betara Majapahit menyerang Kota Singapura, dengan teknik dan taktik yang sama digunakan untuk menundukkan Seluruh negara Pustara dan Lurah Jawa.
 
Namun, serangan demi serangan tidak langsung mampu memusnahkan tembok kota Singapura. Tetapi, ramai pula askar majapahit yang terkorban. Apatah lagi, perahu-perahu perang tidak mampu menembusi Rantai besi besar yang merentangi mulut muara Sungai Singapura.
 
Serangan Majapahit buat pertama kali ini menemui jalan buntu dan kegagalan demi kegagalan. Akhirnya, Majapahit berundur dari Bumi Singapura. Betapa kebalnya tembok dan rantai yang merentangi Kota Singapura ketika itu.
 
1225 M – Dalam catatan Zhao Rugua, terdapat sebuah Selat yang menempatkan sebuah Kota Maritim yang dipanggil Longyamen, yang bermaksud ‘Selat Gigi Naga’, dikatakan bertempat di Kepulauan Lingga, Selatan Riau. Longyamen ini sangat penting dalam catatan berkenaan dengan Singapura, kerana dalam rekod Dinasti Yuan (Yuan Shih), Longyamen pernah menghantar ufti pada tahun 1325 M, dan direkodkan pula oleh perekod Wang Da Xuan (1349 M) bahawa Longyamen terletak di Selatan Singapura dalam catatannya Dao yi zhi lue (“Penerangan berkenaan orang-orang gasar di kepulauan”).
 
1323 M – Bintan direkodkan menghantar ufti kepada kerajaan Yuan. Ketika ini, Wan Seri Beni menjadi penguasa di Bintan. Mungkin kehadiran waris Srivijaya yang masih muda itu, singgah di Bintan pada tahun ini, lalu mengarahkan Ratu Bintan yang pada ketika itu tunduk kepada prestij Raja tersebut menghantar utusan memaklumkan bahawa Wangsa Srivijaya (House of Srivijaya) masih survive selepas penaklukan Majapahit ke atas ibukota Srivijaya di waktu itu iaitu di Jambi dan Kampar.
singapura2
Peta Kerajaan Singapura Purba Pada Kurun ke-14 M

1325 M – Seri Tri Buana baru membuka Kota Singapura, walaupun tarikh sebenar yang diperakui ialah 1330-an berdasarkan teks Sejarah Melayu, jika Melaka dibuka pada tahun 1400 M. Ini kerana Singapura Purba pada masa itu menghantar Ufti ke Kerajaan Yuan menggunakan nama Longyamen atau Selat Gigi Naga. Dalam masa yang sama, Danmaxi (Nama Temasik dalam rekod Yuan, atau Nama Temagi?) menghantar ufti kepada Negara Tambralingga yang disebut negara Xian dalam rekod China. Pertembungan kuasa yang berlaku menyebabkan Orang-orang melayu dengan diperkuatkan semangatnya, selepas kehadiran Sri Tribuana bangkit menolak dan menentang penjajahan Tambralingga, lalu dari sini keturunan raja-raja melayu dari Sri Tri Buana menerima khidmat kesetiaan daripada Orang Laut, yang sememangnya sebangsa dengan melayu di Selatan Tanah Melayu mahupun Sumatra. Peristiwa pembunuhan Temagi menyebabkan Singapura yang baru ditubuhkan menerima ancaman daripada kuasa besar di Asia Tenggara pada masa itu, iaitu Persekutuan Negara Tambralingga – Sri Dharmaraja, yang juga merupakan waris daripada Srivijaya. Mungkin, penghantaran ufti ke Negara China adalah untuk menangkis dan berlindung dari serangan Sri Dharmaraja itu.
 
1349 M – Pelabuhan Selat Gigi Naga (Sekarang: Pulau Sentosa) menjadi makmur dan gilang gemilang di bawah kepimpinan hebat daripada Maharaja Sri Tribuana. Wang Dayuan merekodkan kehebatan pelabuhan itu tetapi menyatakan itu ialah sarang Lanun? Mungkin, cara berpakaian orang melayu dan orang laut, yang menjadi bangsa utama di situ kelihatan seperti lanun di mata Wang Dayuan. Wang Dayuan juga membahagikan lautan kepada dua, Laut Timur dan Laut Barat, dengan Longyamen sebagai tempat pertemuan dua laut tersebut. Wang Dayuan juga merekodkan Banzu (Pancur) ialah pelabuhan rasmi negara. Pancur mungkin berasal daripada kolam baginda bersiram, dan mungkin juga daripada balairong seri yang dinamakan panca persada?
 
Di zaman ini, raja melayu membina tembok kota bagi menangkis serangan dari arah Timur dan menggunakan Orang-orang laut di Barat bagi menangkis serangan dari arah barat. Kelemahan Kota Singapura ini, pastinya datang dari Tembok Kota Singapura, dengan syarat ada pembelot dalam kalangan rakyat SIngapura sendiri.
 
Dari Zaman Paduka Seri Tri Buana, Paduka Seri Pikrama Wira (Serangan berlaku tapi berjaya dipatahkan), Paduka Seri Rana Wikrama (Zaman Badang) , Paduka Seri Maharaja (Peristiwa Todak) dan sampailah ke Zaman Paduka Seri Iskandar Syah, Singapura sentiasa bersinar sebagai sebuah pelabuhan yang menghubungkan antara laut Timur dan Laut Barat, serta dari arah Lautan Selatan. Namun, dasar perluasan kuasa Hayam Wuruk berjaya menakluk alam melayu di Palembang dan Tanjungpura, puncak segitiga Melayu iaitu di Singapura masih tidak dapat ditakluki sehingga kemangkatan Hayam Wuruk (1389). Admin berpendapat serangan demi serangan ada dilaksanakan sepanjang kempen Sumpah Palapa oleh Patih Gadjah Mada, namun semua menemui kebuntuan di atas keampuhan Tembok Kota dan strategi Pertahanan Singapura Purba, di samping perlindungan daripada China. Namun, peluang datang selepas kemangkatan Baginda Rajasanagara (Hayam Wuruk), iaitu di zaman Wikramawardhana (sekitar 1390-an), selepas menerima surat daripada penghulu bendahari SIngapura yang mahu belot.
kota seingapura
Sang Rajuna Tapa, namanya akan dikenang selalu sebagai pembelot yang berjaya. Dia membelot atas perbuatan Paduka Seri Iskandar Syah yang melampaui batasan sebagai Raja. Masakan tidak, Baginda mengambil adik perempuan Sang Rajuna Tapa sebagai isteri dan menjadi isteri yang paling disayangi baginda kerana kecantikan dan kecerdikannya sebagai seorang perempuan. Kemudian, datang fitnah dalam kalangan dayang-dayang istana menyatakan isteri baginda itu telah membuat perkara yang tidak sepatutnya dan mengaibkan raja.
 
Raja Iskandar Syah yang berang telah menjatuhkan hukuman ke atas isterinya itu. Dia dipasung dikhalayak ramai dengan dimalukan (ditelanjangkan atau dihinakan) di pasar. Rajuna Tapa yang kesal dengan perbuatan Raja Iskandar Syah telah menjemput Batara Majapahit untuk menawan Kota SIngapura. Dia dan orang-orangnya telah membuka pintu Kota Singapura dan menyembunyikan makanan (sebagai bendahari yang menguruskan makanan) bagi merendahkan moral orang-orang Singapura.
 
Lalu, Majapahit berjaya menawan Kota Singapura dan Raja Iskandar Syah berjaya lari dan membuka negeri di Melaka.
 
Lihat, betapa ampuhnya Tembok Kota Singapura dari ancaman dua kuasa besar di waktu itu, Sri Dharmaraja di Utara dan Majapahit di Selatan. Tembok Kota ini tidak mungkin tidak diwarisi oleh Melaka. Dalam Sejarah Melayu, ada disebutkan bahawa Pagar Istana Melaka diperbuat Kubu oleh Portugis, membuktikan bahawa Kota Melaka yang asal adalah pagar istana semata-mata, menunjukkan kehebatan Melaka di waktu itu.




Rujukan:

1) 2009, MBRAS Reprint 17, Sejarah Melayu (Versi Raja Bongsu), diterjemahkan daripada Skrip Jawi asal oleh Abdul Rahman Haji Ismail.

2) 2014, The Yuan in The Strait of Malacca 1300,  http://eresources.nlb.gov.sg/history/events/af451766-b8b1-4d47-824f-78ab79aab805

3) 2014, Temasek / Singapura 1369, http://eresources.nlb.gov.sg/history/events/d24d6da6-0013-4a12-a6bc-68ad1497148e

4) Early Malayan History, The Singapore Free Press and Mencantile Advertiser (1884-1942), 6 November 1922, muka surat 12 (Filem Mikro disimpan di Lee Kong Chian Reference Library, Singapura)

5) 2000, Stanley J. O'Connor, Nora A. Taylor, Studies in Southeast Asian Art: Essays in Honor of Stanley J O'Connor, Southeast Asia Program Publications, Southeast Asia Program, Cornell University

Ulasan

  1. lihat lokasi pelabuhan dia dan mana istana raja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maksudnya, arah Keramat Iskandar Syah itu Istana dan di bawah Pancur itu Pelabuhan Rasmi Kerajaan?

      Padam
  2. 1316M,Akarendrawarman raja Kerajaan Malayapura di Saruaso.Srimat Tribuanaraja sebelum tahun 1300M.kalau benar Tribuana yang buka Singapura tahun 1325M beliau bukannya Srimat Tribuanaraja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya... Baginda bukan Srimat Tribuana Mauliwarma Dewa... Tapi Sang Nila Utama. Gelaran Paduka Seri Tri Buana diberikan selepas baginda menaiki takhta... Tribuana ni gelaran yang biasa digunakan utk menunjukkan Raja Agung yg memerintah 3 alam dlm kosmologi Hindu / Buddha... Ramai juga Raja yg guna gelaran Tribuana ni...

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kedah Tua… Dari Sebuah Kota Kepada Sebuah Empayar

Benarkah Istana Melaka Hanya di Bukit Melaka (St. Paul) sahaja?

Kelahiran Empayar Srivijaya – Sebuah Empayar Persekutuan