Pan-pan -Dari Sebuah Kerajaan Naungan Kepada Sebuah Empayar
Kemunculan Pan-pan adalah suatu misteri yang berpanjangan
apabila negara tersebut tiba-tiba menghantar utusan ke China (Dinasti Song
Selatan) pada tahun 424 M dan berterusan sehingga tahun 453M. Pan-pan adalah
sebuah negara naungan bagi Empayar Funan. Dipercayai Pan-pan dibuka semula oleh
Raja Funan ketiga yang bernama Pan-pan. Baginda menuruni takhta Funan dan
menyerahkan Takhta kepada Fan-shi-man, ketua panglima Funan di zamannya.
Tiga tahun selepas ditabalkan, Pan-pan dikatakan telah
mangkat dan takhtanya diberikan kepada Pan-shi-man. Hipotesis saya, Sesuatu
sebenarnya telah berlaku. Pan-pan berjaya melarikan diri ke Tun-sun dan membuka
negara Pan-pan. Pada masa yang sama, Pan-shi-man yang telah menguasai takhta
Funan membina ketumbukan tentera laut yang kuat dan menawan Pan-pan, seterusnya
dijadikan negara naungan Funan. Mungkin Fan-shi-man tidak membunuh Pan-pan yang
telah membuang segala kekayaannya untuk menjadi sami di Pan-pan. Pan-pan
menjadi Bandar Suci Agama Buddha pertama dalam alam melayu.
![]() |
Sumber Gambar: FB Sri Wichai Mala |
Pan-pan adalah bandar agama dan ilmuan pertama yang wujud.
Di sana, semua raja-raja dan sami-sami akan belajar pelbagai ilmu agama dan
pengetahuan sebelum ditugaskan di negara-negara bawahan Funan. Keadaan ini
menjadikan Pan-pan pada asalnya bukan sebuah Kota penting untuk ditawan melalui
kekayaan pelabuhannya, tetapi ia merupakan pusat penyebaran agama Buddha dan
pusat keilmuan melayu.
Menurut Tong-dian, terdapat 11 buah Candi atau Wat di Pan-pan,
menunjukkan betapa pentingnya Pan-pan sebagai pusat penyebaran agama Buddha dan
bukanlah kota yang menyimpan kekayaan. Menurut Tong-dian lagi, Tentera Funan
hanya menggunakan lembing yang diperbuat daripada batu (Primitif) dan tiada
tembok batu mahupun kayu yang mengelilingi Pan-pan. Keadaan ini menyebabkan
saya berpendapat bahawa Pan-pan bukanlah Kota Kekayaan pada mulanya.
Namun begitu, keadaan ini berubah selepas Ketua Sami di
Pan-pan iaitu Qiao-Chen-Ru (Kaundinya II) yang berkemungkinan leluhur Pan-pan,
Raja Funan yang asal dijemput untuk menjadi Raja di Funan. Dengan pentadbiran
yang lebih alim, dan naungan Tentera Laut Funan ke atas Pan-pan, Kaundinya II
mengarahkan utusan yang dihantar ke China berselang-seli antara Funan dengan
Pan-pan. Keadaan ini bermula pada 424 hingga kejatuhan Funan ke tangan Chenla.
Namun, Funan masih lagi menghantar utusan selepas menaklukan Chen-la ke atas
Funan, juga secara berselang-seli dengan Pan-pan. Misteri ini masih berterusan
dan masih tiada sesiapa pun yang dapat merungkaikan misteri ini sehingga ke
hari ini.
Selepas kejatuhan Rudravarman di Funan, perang agama antara
Hindu Siva (Chen-la) dan Buddha Mahayana (Funan, Pan-pan dan
negarakota-negarakota di Selatan Pan-pan) diteruskan di Funan sehingga semua
monumen dan jejak tapak kaki Buddha semua dimusnahkan di Lembangan Sungai
Mekong. Bhavavarman yang mengalahkan Rudravarman bertindak mengejar baginda
sampai ke Pan-pan tetapi tidak berjaya menewaskan angkatan laut Funan yang
ketika itu berada di Pan-pan. Lalu, Bhavavarman dan Chitrasena menguatkan
pertahanan sedia ada Funan (yang asal) dan menakluk seluruh negara Funan atas
nama Chen-la.
Walaubagaimanapun, Raja Funan masih survive dan
berkemungkinan terdapat penggiliran raja di Pan-pan sehingga awal kurun ke-7 M.
Sepanjang pemerintahan Raja Funan dan Pan-pan di Pan-pan, Pan-pan meluaskan
kekuasaan dan menguasai pelabuhan di Timur (Chaiya) dan Barat (Takuapa).
Pada kurun ke-5 dan 6, Muncul beberapa buah kerajaan di
Selatan Funan yang turut menghantar utusan ke negara China. Kerajaan-kerajaan
tersebut ialah Kha-la-tan, Kandari, dan Pohang (Pa-ta). Pada zaman itu, China
menukar polisi perdagangan laluan darat (melalui Yunnan, Chenla dan Funan)
kepada perdagangan laluan sutera laut. Oleh yang demikian, Champa yang menjadikan
tradisi maritim sebagai sumber ekonomi utamanya bertambah kaya dan membuka dua
buah pelabuhan lagi di selatan Myson iaitu di Kauthara dan Panduranga, dan
menjadi pelabuhan terpenting di zaman itu.
Menyedari kepentingan perhubungan dagangan maritim, Funan
menggunakan Pan-pan sebagai pusat pelabuhan keduanya selepas Oc Eo, di Teluk
Siam dan berusaha untuk menguasai semua laluan trans-semenanjung yang wujud di
Segenting Kra. Dalam kesibukannya untuk menguasai negarakota-negarakota yang
wujud secara bersendiri seperti Kandari, Langkasuka, Kha-la-tan dan sebagainya,
Bhavavarman dan Chitrasena, cucunda kepada Rudravarman sendiri yang berpusat di
Chenla menyerang dan menawan Funan.
Rudravarman yang dalam misinya di Segenting Kra terus
menetap dan membuat Kotanya di Pan-pan selepas dikhabarkan mengenai kejatuhan
pemerintahan baginda di Funan. Pan-pan yang menjadi bandar suci agama Buddha
sekian lama di zaman Funan, berubah menjadi markas tentera laut Funan, yang
menukarkan Pan-pan menjadi negara bersama dengan Funan. Hipotesis ini mungkin
pelik kerana dua orang raja berkongsi negara yang sama. Namun, Rudravarman
menjadi Raja Atasan dan Ketua Sami asal di Pan-pan menjadi raja bawahan. Lalu,
Funan dan Pan-pan masih mengirimkan utusan secara berselang-seli sehingga ke
tahun 650 (lebih kurang 100 tahun selepas penaklukan Funan oleh Bhavavarman).
Walaubagaimanapun, berkemungkinan ufti yang dihantar ke
China menggunakan nama Funan dibuat oleh Bhavavarman, manakala Chitrasena
menghantar utusan dari Chenla. Terdapat pertukaran dinasti antara Rudravarman
dengan Bhavavarman. Bhavavarman juga adalah jalur dari raja-raja melayu Funan. Nama
Funan berakhir selepas kemangkatan Isanavarman, kerana Bhavavarman II memulakan
dinasti baru Khmer di Muara Sungai Mekong.
Sebelum kita membuat apa-apa kesimpulan mengenai kedudukan
Pan-pan, berikut adalah catatan luar berkenaan dengan Pan-pan:
1)
I-ching (Yi Jing) menyatakan bahasa Pan-pan termasuk dalam negara-negara di
Lautan Selatan yang memeluk agama Buddha, sesudah Tan-tan.
2)
I-ching juga menyatakan bahawa Tan-yuen
berangkat dari Chio-Chih (Tongkin), tetapi meninggal dunia di Pan-pan, di
sebelah utara Kha-ling.
3)
Chiu Tang Shu mengyatakan bahawa Pan-pan
terletak di sebelah barat daya Lin-yi (Champa), di sudut laut. Di sebelah utara
terpisah oleh laut sempit dengan Lin-yi. Dari Chio-chou letaknya kira-kira 40
hari pelayaran. Negeri ini bersempadanan dengan Lang-Hyia-hsiu.
4)
Negara Tou-ho-lo (Dvaravati) di sebelah selatan
bersempadanan dengan Pan-pan, di sebelah utara dengan Kia-lo-sheh-fu, di
sebelah Timur dengan Chen-la. Dan di sebelah barat dengan laut besar. Dari
Canton, letaknya sejauh lima bulan perjalanan.
5)
Tung-tien menyatakan bahawa Ko-lo atau
Ko-lo-fu-shao-lo, menurut huraian dinasti Han, terletak di Tenggara Pan-pan.
Oleh itu, Pan-pan bukanlah Tan-tan kerana mereka wujud
bersama. Pan-pan berkemungkinan besar bermula di Chaiya dan terletak di Khao Si
Wichai (Gunung Sri Vijaya). Selepas kedatangan Rudravarman, baginda
berkemungkinan membina semula Kota Funan di antara Pan-pan dengan Langkasuka,
menjadikan Kota Pan-pan dan Funan berada dalam sebuah negara yang sama. Baginda
membangunkan semula Negara leluhur baginda yang dikenali sebagai Ligor atau
Grahi. Melihat kepada kepesatan pembangunan laluan Trans-Semenanjung antara
Takuapa dan Satthingpra yang dikuasai oleh Pan-pan dan Funan, Langkasuka yang
terletak Selatan sedikit dari Funan baru membentuk sebuah persekutuan baharu
dengan Kandari iaitu Persekutuan Tanah Merah (Chih-tu). Kewujudan Prasasti
Buddhagupta di Lembah Bujang menjadi bukti primer kewujudan Raktamrittika atau
Empayar Tanah Merah yang menaungi satu laluan lebuhraya purba yang
menghubungkan Kedah (Kandari) dengan Langkasuka (Mungkin di Pattani hingga
Sungai Kelantan), manakala Tan-tan yang terletak ke Selatan dari Chih-tu
menjadi vassal kepada kerajaan ini. Semasa kewujudan Chih-tu, berkemungkinan
Pan-pan dan Funan juga menjadi vassal kepada empayar Chih-tu.
Kemudian, pada tahun 616, Pan-pan, Funan dan Tan-tan muncul
kembali dan lenyapnya penguasaan Chih-tu ke atas mereka. Pada tahun 640,
munculnya kerajaan Kha-ling yang menghantar ufti ke negara China. Ramai sarjana
yang mengatakan Kha-ling terletak di Jawa Tengah kerana ditimurnya ada kerajaan
Po-li dan di kanannya ada kerajaan Duo-po-deng (Tarumanegara). Namun, menurut
Xin Tang Shu, Semasa Solstis musim panas, panjang bayang-bayang dari 8 chi
bongkah tegak menjadi 2 chi dan 4 chun. Pernyataan ini menjadikan Kha-ling
berada kira-kira 60 ke Utara yang letaknya di antara Kelantan dan
Songkhla. Mungkin Kha-ling yang dinyatakan oleh Rekod Tang ini ialah Kerajaan
Kalinggavarman yang muncul di zaman Sailendra kelak? Namun, mungkin kewujudan
Kha-ling ini menjadi saingan kepada hegemoni Funan di Asia tenggara.
Kemudian, pada tahun 644, muncul pula kerajaan Malayu yang
menghantar ufti ke Negara China. Kerajaan Malayu ini berkemungkinan kerajaan
yang sama dengan kerajaan Malayu yang dikunjungi oleh Yi Jing pada tahun 671 M.
Letak pelabuhannya mungkin sekali di Selatan Johor, di Selat Tebrau kini.
Kewujudan kuasa-kuasa baru dari selatan ini menyebabkan
kuasa hegemoni Pan-pan (Funan) tercabar. Jadi, berkemungkinan Keturunan Funan
yang membuka Negarakota di Ligor, bergabung dengan negarakota-negarakota lain
seperti Pan-pan, Tan-tan, Chih-tu untuk membentuk Negara Srivijaya. Persefahaman
ini wujud kerana mereka sama agama dan sama kaum kerabat. Tambahan pula,
kewujudan empayar Srivijaya ini dimulakan dengan penggiliran raja-raja di
antara negarakota-negarakota tersebut sebelum ia kelihatan seperti hanya satu
keturunan sahaja di zaman Sailendra kerana kebijaksanaan Raja Sailendra
menguasai politik negarakota-negarakota melayu. Kedah pula tidak bergabung
dengan negara-negara ini pada awalnya kerana Kedah adalah negara leluhur kepada
Dinasti Ligor dan Pan-pan, serta Kedah membangunkan empayarnya sendiri yang
menaungi Lo-youe dan Gangga Negara, di Pantai Barat Semenanjung Malaya. Selepas
keluar daripada Persekutuan Negara Tanah Merah, Kedah yang memiliki pelabuhan
entreport dan industri melebur besi sendiri tidak mahu melibatkan diri dalam politik
negarakota-negarakota di Pantai Timur Semenanjung dan mewujudkan blok kuasanya
yang tersendiri.
Menarik ulasan ini,kenapa Kerajaan Primula tidak disebut.....?
BalasPadambegitu juga terengganu kuno....
Mungkin ada hubungan....
Menarik ulasan ini,kenapa Kerajaan Primula tidak disebut.....?
BalasPadambegitu juga terengganu kuno....
Mungkin ada hubungan....
Itu berarti keraja,an Pan pan bukan berada di semenanjung.melainkan ianya berada di pedalaman sumatera di kisaran wilayah lampung barat #Pan_pan arti nya puas/lega identik dg daerah yg bernama #Luwas.
Padam