Dari Kedah Tua, Jawaka, Kunlun kepada Pembentukan Funan
Kedah Tua dikenalpasti merupakan sebuah wilayah yang kaya raya dengan perdagangan besi keluli antara terbaik dunia, sejak kurun ke-5 S.M. lagi dan menjadi sebuah pelabuhan yang kaya raya. Tidak hairanlah jika banyak negarakota yang cemburu dan mahu menakluki Kedah, walaupun pelabuhan Takua Pa dan Tenasserim lebih utara daripada Kedah Tua, dan ada laluan rentas semenanjung (Trans-Peninsular) di sana. Dari Takua Pa atau dari Tenasserim, Kapal-kapal akan melalui laluan Rentas Semenanjung untuk menuju ke pelabuhan seterusnya iaitu di Ec Eo. Namun, disebabkan permintaan besi keluli untuk senjata sangat tinggi menyebabkan Pelabuhan Kedah Tua di Sungai Batu menjadi sangat popular. Keadaan ini menjadikan Kedah Tua sasaran untuk dijadikan negara taklukan kepada empayar-empayar yang lebih hebat persenjataan, ketenteraan dan tentera laut mereka. Sejak Tahun 600 S.M. lagi, Kedah sentiasa terancam dengan serangan dan penaklukan dari pelbagai pihak yang mahu menguasai laluan perdagangan. Nam...