Amdan Nagara dan Bija Nagara - Misteri Melayu dalam Sulalatus Salatin, Suatu Hipotesis Sejarah

Amdan Nagara dan Bija Nagara, dua buah negarakota yang disebut dalam Sulalatus Salatin. Dalam SS versi Raja Bongsu dikatakan Raja Suran drp Benua Keling, Nagapatnam namanya. Sebelum ini, saya pernah menyatakan pendapat mengenai Nagapatnam, tanah yang dipajakkan oleh RajaRaja Chola kepada Raja Melayu Syulamanivarman (Chudamanivarman) dan anaknya Mara Vijaya Tungga Varman.
Salah satu pemandangan di Danau Toba, gunung berkabus tebal


Kemudian, setelah polisi Kerajaan China bertukar daripada perdagangan berpusat kepada perdagangan bebas. Jadi, banyak negarakota-negarakota yang membebaskan diri daripada Srivijaya dan membina hubungan tersendiri dengan Negara China.

Namun, 'House of Srivijaya' tidak berputus asa. Muncullah Dinasti Mauli yang menjadi penakluk agung 15 buah negarakota-negarakota yang membebaskan diri daripada Srivijaya, lalu muncullah Dharmasraya sebagai penerus Srivijaya. Dharmasraya juga sering dikenali sebagai Bhumi Malayu, sepertimana yang terpahat di Patung Amoghapasa (Prasasti Padang Roco), Prasasti Jaya Himat, Gerakan Pamalayu dan kewujudan Malayupura.

Boleh jadi seperti yang telah terpahat dalam sejarah melayu versi Raja Bongsu berkenaan Raja Culan. Raja Culan mungkin Adwaya Varman yang digelar dewa oleh Raden Wijaya, lantas dia dikahwinkan dengan Dara Jingga atau Bunda Kandung (Dari Rahim wanita inilah muncul Raja-Raja Melayu seterusnya)

Semasa Dinasti Mauli memerintah dari Grahi, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan Kepulauan Riau, Empayar Melayu ini diserang oleh Singhasari bagi menangkis serangan Mongol. Mungkin ia lebih kepada Persaudaraan Bumi Malayu dan Bumi Jawa dengan munculnya prasasti Padang Roco dan Patung Amoghapasa yang menyatakan hadiah dari bumi jawa kepada bumi malayu.

Adyawa Varman dikatakan sebagai Dewa oleh Pararaton. Namanya muncul dalam prasasti Kuburajo, sebagai bapa kepada Adityawarman. Mungkin Raja Culan, waris daripada Raja Suran (Chudamani Varman) yang diketepikan oleh Kerajaan Dharmasraya telah diambil oleh Raden Wijaya menjadi panglima perang, mungkin adalah benih Ratu Srivijaya yang berkahwin dengan Raja Kerajaan Jawa, kerana dikatakan anak Raja Suran yang bernama Cendana Wasis berkahwin dengan Raja Suran Fad Syah, Raja Amdan Negara. Mungkin Amdan Negara yang tertulis dalam SS ialah Kerajaan Sailendra yang berpusat di Pulau Jawa.

Kemudian, diceritakan Raja Culan mahu menakluk Negara China, tetapi tidak kesampaian kerana kebijaksanaan Raja China menghantar Kapal usang yang dipenuhi dengan orang-orang tua dan pokok yang telah besar, konon-konon perjalanan ke China mengambil masa berpuluh-puluh tahun.
Kisah sebenar, Dinasti Yuan mahu menyerang Singhasari, selepas Champa berjaya dijadikan negara bawahan yang membayar ufti. Kemudian, negarakota-negarakota melayu yang telah bebaskan diri daripada Dharmasraya ketika itu tunduk kpd kuasa Yuan. Ini menyebabkan, Kertanegara menghantar Patih Gajah Mada, Raden Wijaya dan Adyawa Varman dan seluruh ketumbukannya ke Negarakota-negarakota melayu untuk mengumpulkan kekuatan bagi menentang kemaraan Mongol.

Semasa ekspedisi Pamalayu, Jayakatwang dari Kediri berjaya memberontak dan membunuh Kertanegara. Raden Wijaya dan Gajah Mada yang pulang dari ekspedisi Pamalayu ingin membalas dendam tetapi tidak mahu mengambil risiko, baginda membina negara Majapahit, lalu bekerjasama dengan Mongol menghukum Kayakatwang. Kemudian, Raden Wijaya menghalau pula Mongol dari Nusantara. Dara Petak berkahwin dengan Raden Wijaya melahirkan generasi Raja-raja Majapahit dan warisnya Kesultanan Demak.

Dara Jingga pula berkahwin dengan Adyawa Varman melahirkan tiga orang putra... Mungkin melalui penceritaan, Puteri Mahtabul Bahri adalah Dara Jingga dan Raja Culan yang menakluk kembali negarakota-negarakota melayu daripada pengaruh Mongol ialah Adyawa Varman yang dipanggil Dewa oleh Raden Wijaya. Oleh itu, mungkin Adyawa Varman itu adalah Raja Sailendra yang berpusat di Jawa Tengah, tetapi termasuk dalam kerajaan Singhasari selepas kemerosotan Wangsa Sailendra.

Lalu Adityawarman mewujudkan Malayupura di Siguntur, Di Sungai Batanghari dan akhirnya berpindah ke Pagarruyung apabila tidak berpuas hati dengan Majapahit, dan mahu bebas daripada Majapahit.

Hipotesis daripada Sejarah Melayu, Adyawa Varman (Raja Culan) membuka Bija Nagara, yang terletak di Muara Jambi, yang mana dikelilingi oleh Banjaran Barisan. pengaruhnya menyelubungi seluruh Pulau Sumatera Timur, Barat dan Utara, mengikut wilayah asal Dharmasraya yang diwariskan oleh Mertuanya, Tribhuana Mauli Dewa. Tasik yang luas itu adalah Danau Toba dgn Pulau dan banjaran yang tinggi, sentiasa nmpak berkabus.

Lalu, Adityawarman yang lahir dalam istana Majapahit semasa Dara Jingga masih di sana, menjadi Duta Majapahit ke China, mengetuai Ekspedisi Pabali dan sebagainya, tidak berpuas hati dengan Raja Majapahit, lalu mewujudkan Malayupura, berdasarkan prestij Datuknya, Raja Melayu Dharmasraya yang sering digelar Bhumi Malayu.

Adiknya yang kekal di Jambi, telah dijemput ke Palembang untuk dirajakan di sana oleh Demang Daun Lebar dan dikahwinkan dengan anak Demang Daun Lebar, Wan Sendari. Lalu baginda digelar Seri Teri Buana. Terjadilah pertembungan kuasa dengan Majapahit setelah prestij Raja Seri Teri Buana ini membuat Persekutuan baru merangkumi Bintan, Tanjungpura dan Palembang.

Adityawarman pula digelar Sang Sapurba dan menjadi Pemula Kerajaan Minangkabau-Pagarruyung setelah menang berlawan Kerbau dengan wakil Majapahit.

Di Tanjungpura, adik Seri Teri Buana yang paling Bongsu iaitu Nila Tanam (Digelar Sang Maniaka)dirajakan di Tanjungpura dan membebaskan diri dari pengaruh Majapahit, lalu menjadi pemula kepada kerajaan Banjar, setelah berkahwin dengan Puteri Raja Kutai Kertanegara.
Dara Jingga digelar Ibu Kanduang atau Ibu Kandung, mungkin sebab beliaulah ibu segala raja-raja melayu.

Ulasan

  1. Amdan Negara ada mirip perkataan Medang(kerajaan Mataram dan Sailendra)

    BalasPadam
  2. Bija Negara ialah kerajaan Vijayanagar di Selatan India.Ada pendapat yang mengatakan Raja Suran ialah Kulotunga Chola 1 yang jadi raja di India

    BalasPadam
    Balasan
    1. Namun, tasik yang luas, dikelilingi oleh bukit bukau dan sentiasa berkabus tidak autentik dengan Vijayanagar, dan Vijayanagar pula baru muncul pada abad ke-14 M, selepas orang2 beragama Hindu membebaskan diri daripada pengaruh Mughal...

      Padam
    2. Pusat pemerintahan Cudamaniwarman di Malayagiri,Wijayanegara

      Padam
    3. Ada tak dokumen atau rujukan untuk menyokong pendapat tuan??

      Padam
    4. Pendita Atisa menyatakan Cudamaniwarmadewa memerintah di Malayagiri,Wijayanegara

      Padam
  3. Raja Suran adalah Chudamanivarman atau Chulamaniwarman? So, adakah Raja Suran ini ada apa2 kaitan dengan Iskandar Zulkarnain ataupun tidak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chudamanivarman, Chulamanivarman, Soolamanivarman, Syulamanivarman (atau warman) adalah orang yang sama, rekod mengikut pelat tempatan. Baginda dikatakan berdarah Iskandar Dzulkarnain...

      Padam
  4. bukan ke sang sapurba itu yg berkahwin dgn wan sendari dan mendapat anak bernama Sang Nila Utama dan kemudian dari keturunan ini membuka Temasek??

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Funan - Empayar Melayu Yang Gemilang

Istana Kesultanan Melayu Melaka Yang Asal, Tidak Logik di Bukit Melaka?

Strategi Portugis Menawan Melaka