Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Era Pertengahan

Benarkah Istana Melaka Hanya di Bukit Melaka (St. Paul) sahaja?

Imej
Kesultanan Melayu Melaka, nama yang sungguh gah di mata dunia. Masakan tidak, ia digelar Venice of The East, ataupun Venice adalah Melaka di Barat… Begitu gahnya Melaka yang sangat kaya-raya di zamannya. Dikhabarkan istana Melaka itu sendiri penuh dengan perhiasan emas, bersepuh emas dan ada kereta kuda lengkap diperbuat daripada emas. Menurut cerita lisan, memang ada projek membina jambatan emas dan jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang. Namun begitu, peninggalan Melaka amatlah jarang di dapati. Adapun, Portugis tidak dapat bertapak di Melaka jika Sultan Melaka pada waktu itu iaitu Sultan Ahmad Syah tidak meninggalkan kubu pertahanan Melaka seperti yang dinasihatkan oleh pembesar-pembesar istana pada masa itu. Menurut catatan Portugis pada tahun tersebut, serangan demi serangan yang dilakukan dapat dipatahkan. Namun, apabila tempoh bertenang yang diberikan selama seminggu atau tiga hari (ada dua sumber), Portugis berjaya masuk ke dalam kubu yang telah ditinggalkan. Peta K...

Amdan Nagara dan Bija Nagara - Misteri Melayu dalam Sulalatus Salatin, Suatu Hipotesis Sejarah

Imej
Amdan Nagara dan Bija Nagara, dua buah negarakota yang disebut dalam Sulalatus Salatin. Dalam SS versi Raja Bongsu dikatakan Raja Suran drp Benua Keling, Nagapatnam namanya. Sebelum ini, saya pernah menyatakan pendapat mengenai Nagapatnam, tanah yang dipajakkan oleh RajaRaja Chola kepada Raja Melayu Syulamanivarman (Chudamanivarman) dan anaknya Mara Vijaya Tungga Varman. Salah satu pemandangan di Danau Toba, gunung berkabus tebal Kemudian, setelah polisi Kerajaan China bertukar daripada perdagangan berpusat kepada perdagangan bebas. Jadi, banyak negarakota-negarakota yang membebaskan diri daripada Srivijaya dan membina hubungan tersendiri dengan Negara China. Namun, 'House of Srivijaya' tidak berputus asa. Muncullah Dinasti Mauli yang menjadi penakluk agung 15 buah negarakota-negarakota yang membebaskan diri daripada Srivijaya, lalu muncullah Dharmasraya sebagai penerus Srivijaya. Dharmasraya juga sering dikenali sebagai Bhumi Malayu, sepertimana yang terpahat di Pat...

Strategi Portugis Menawan Melaka

Imej
Strategi Portugis untuk menawan Melaka ialah pengetahuan yang mendalam mengenai Melaka dan kelemahan-kelemahan Kota Melayu itu. Ilustrasi Istana Melaka di atas Bukit Melaka semasa ketibaan Kuasa Eropah di Melaka. 1. Selepas menjarah Ormuz, Afonso de Albuquerque mendapatkan banyak senjata api dan meriam sebagai ufti daripada Kerajaan Hormuz. 2. Berusaha menakluk Goa dan memecahkan perpaduan di Lautan Hindia, seterusnya bersekutu dengan Vijayanagar, Malabar dan Gujarat (hipotesis saya) selepas Perang Diu dengan Mamluk dan Kesultanan / Kerajaan2 di India. 3. Mengetahui strategi pertahanan Melaka yang dipenuhi dengan meriam dan lela, di sepanjang kubu pertahanan Melaka. diberitakan sebanyak 2000-3000 artileri yang wujud di situ. 4. Namun, persenjataan dan pertahanan Melaka dikuasai oleh 20,000 tentera upahan daripada Jawa, Gujarat dan sebagainya. 5. Berusaha menyogok tentera-tentera upahan untuk meninggalkan pos kawalan masing-masing. Tektiknya berjaya apabila te...