Tanah Bertuah, Tumpuan Perdagangan Dari Dunia Purba Hingga Sekarang
Inilah tanah bertuah, Tanah tumpahnya darahku, Tumpuan pedagang dari serata dunia Dari Timur, Barat, Utara mahupun Selatan Dari zaman dahulu hinggalah ke hari ini Tamadun yang dikurniakan kekayaan Emas, Besi, Timah, rempah dan laluan antarabangsa... antara Tamadun Timur dan Barat. Setiap tamadun yang menjadi tumpuan perdagangan mestilah mempunyai produk tersendiri yang menarik minat mereka untuk datang ke sini, sama ada membeli-belah, berlibur mahupun bersosial. Umpama Midvalley, setiap hari semestinya penuh dengan ummat manusia kerana menjanjikan pelbagai keseronokan, daripada membeli-belah, menonton wayang, makan-makan serta lepak-lepak. Begitu juga dengan tamadun purba awal yang melingkari seluruh kepulauan tanah melayu ini, menjanjikan pelbagai produk bermutu kepada semua pedagang yang sanggup datang dari Anatolia mahupun Afrika Selatan. Tambahan pula, warga asli di kepulauan melayu ini dikurniakan bakat navigasi tersendiri yang mampu memacu perahu-perahu dan jong-jong p...