Singapura Purba: Waris Kerajaan Malayu Yang Bersinar
1819 - Stamford Raffles sangat teruja dengan penemuan tembok kota purba di Bukit Larangan, digelarnya Fort Canning Hill. Di atas bukit itu, ditemui maqam raja-raja agung bangsa melayu. Raffles rasa sangat kagum dengan Raja-raja melayu Singapura sampai dia berkata bahawa kalau dia mati, dia mohon disemadikan bersama abu atau mayat raja-raja melayu, yang tersemadi di atas bukit tersebut. Apa yang ditemui oleh Raffles di atas bukit itu? 1360-an - Majapahit sangat marah dengan kebiadapan Tun Seri Pikrama Wira, Maharaja Singapura purba kerana menolak permintaannya supaya Singapura membayar ufti dan tunduk ke bawah Kuasa Majapahit. Utusan Majapahit yang dihantarkan ke Singapura pula dimalukan dengan peristiwa menarah kepala budak. Lalu, Betara Majapahit menyerang Kota Singapura, dengan teknik dan taktik yang sama digunakan untuk menundukkan Seluruh negara Pustara dan Lurah Jawa. Namun, serangan demi serangan tidak langsung mampu memusnahkan tembok kota Singapura. Tetapi, ra...