Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kurun ke-7M

Chih-tu : Empayar Melayu Yang Kemerahan dan Gilang-Gemilang

Imej
Yang-ti memanggil pembesar-pembesar istana Sui datang mengadap. Baginda amat bercita-cita untuk menakluki dunia sebelah Utara dari empayarnya, setelah berjaya menundukkan Negara Dai (Viet) dan sebahagian Champa. Namun begitu, baginda amat bercita-cita untuk menakluki negara Goguryeo, sebuah Kota Maritim di Semenanjung Korea. Lalu baginda menghantar pegawai-pegawai kepercayaan baginda untuk membuat hubungan diplomasi dengan negara yang sangat kaya di Asia Tenggara iaitu Chih-tu bagi membiayai kempen perang di Goguryeo. Chih-tu merupakan sebuah negara kota yang sangat kaya raya. Kekayaan negara ini terkenal seantero dunia kerana negara ini mengawal kawasan perlombongan emas dan perdagangan di Timur dan Barat Selat Melaka. Namun begitu negara ini sering diancam oleh negara-negara lain yang menjadi pesaing kepada negara ini. Antara negara yang paling dahsyat mengancam ialah negara Chen-la. Chen-la yang telah berjaya menghalau Rudravarman serta keluarga diraja Funan yang berban...

Politi Kerajaan-Kerajaan Melayu dari Pertengahan Abad ke-6 hingga Abad ke-7M

Imej
Selepas kejatuhan Kerajaan Funan dikeronyok oleh gabungan tentera Bhavavarman dari wangsa Funan (campuran dengan Chen-la) sendiri dan Citrasena yang merupakan sepupu baginda Bhavavarman, Rudravarman yang juga datuk kepada Bhavavarman terpaksa akur dengan kejatuhan Kota Vyadhapura dan penaklukan Tentera Chen-la ke atas Bandar Pelabuhan Oc-eo. Rudravarman yang di dalam kempen penaklukan ke atas kerajaan-kerajaan melayu di pesisir-pesisir pantai atau Kota Maritim yang telah menjejaskan hegemoni perdagangan Funan yang menjadi pusat pengumpulan barangan-barangan seantero kepulauan melayu. Setelah Negara Takuapa, Tanah Merah, Langkasuka dan Kedah melepaskan diri dari menjadi negara bawahan (vassal) Funan, Rudravarman mengalami kemerosotan kerana laluan perdagangan yang strategik ini (menyeberangi Segenting   Kra) tidak lagi singgah di Oc-eo kerana teknologi pelayaran di masa itu telah berubah kepada terus ke Panduranga, iaitu pelabuhan Kerajaan Champa. Keadaan ini menyebabkan Mahara...