Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kurun ke-14M

Singapura Purba: Waris Kerajaan Malayu Yang Bersinar

Imej
1819 - Stamford Raffles sangat teruja dengan penemuan tembok kota purba di Bukit Larangan, digelarnya Fort Canning Hill. Di atas bukit itu, ditemui maqam raja-raja agung bangsa melayu. Raffles rasa sangat kagum dengan Raja-raja melayu Singapura sampai dia berkata bahawa kalau dia mati, dia mohon disemadikan bersama abu atau mayat raja-raja melayu, yang tersemadi di atas bukit tersebut. Apa yang ditemui oleh Raffles di atas bukit itu?   1360-an - Majapahit sangat marah dengan kebiadapan Tun Seri Pikrama Wira, Maharaja Singapura purba kerana menolak permintaannya supaya Singapura membayar ufti dan tunduk ke bawah Kuasa Majapahit. Utusan Majapahit yang dihantarkan ke Singapura pula dimalukan dengan peristiwa menarah kepala budak. Lalu, Betara Majapahit menyerang Kota Singapura, dengan teknik dan taktik yang sama digunakan untuk menundukkan Seluruh negara Pustara dan Lurah Jawa.   Namun, serangan demi serangan tidak langsung mampu memusnahkan tembok kota Singapura. Tetapi, ra...

Amdan Nagara dan Bija Nagara - Misteri Melayu dalam Sulalatus Salatin, Suatu Hipotesis Sejarah

Imej
Amdan Nagara dan Bija Nagara, dua buah negarakota yang disebut dalam Sulalatus Salatin. Dalam SS versi Raja Bongsu dikatakan Raja Suran drp Benua Keling, Nagapatnam namanya. Sebelum ini, saya pernah menyatakan pendapat mengenai Nagapatnam, tanah yang dipajakkan oleh RajaRaja Chola kepada Raja Melayu Syulamanivarman (Chudamanivarman) dan anaknya Mara Vijaya Tungga Varman. Salah satu pemandangan di Danau Toba, gunung berkabus tebal Kemudian, setelah polisi Kerajaan China bertukar daripada perdagangan berpusat kepada perdagangan bebas. Jadi, banyak negarakota-negarakota yang membebaskan diri daripada Srivijaya dan membina hubungan tersendiri dengan Negara China. Namun, 'House of Srivijaya' tidak berputus asa. Muncullah Dinasti Mauli yang menjadi penakluk agung 15 buah negarakota-negarakota yang membebaskan diri daripada Srivijaya, lalu muncullah Dharmasraya sebagai penerus Srivijaya. Dharmasraya juga sering dikenali sebagai Bhumi Malayu, sepertimana yang terpahat di Pat...