Kedah Tua… Dari Sebuah Kota Kepada Sebuah Empayar
Kerajaan Kesultanan Kedah adalah kerajaan yang diiktiraf sebagai kesultanan yang tertua di dunia. Semenjak Phra Ong Mahawangsa Durbar Raja II, Raja Kedah yang ke-9 memeluk islam dan menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Syah I pada Tahun 1136 M, nasabnya kekal sehingga kini iaitu Yang Dipertuan Agong sekarang, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Syah inbi Al-Marhum Sultan Badlisyah, Sultan Kedah yang ke-27. Namun, sejarah negara Kedah amatlah jauh. Jauh lebih lama daripada zaman Kesultanan Kedah. Ia bukan bermula dengan Merong Mahawangsa ataupun Maharaja Durbar Raja I. Merong Mahawangsa berkemungkinan adalah pahlawan dan nakhoda melayu daripada zaman Heraclius atau Heraclonas, dua pemerintah bersama dalam empayar Rom Timur (Bizantine). Selepas kejayaan mengalahkan Parsi (Perang dengan Khosrau II), Mungkin Heraclius menghantar Merong Mahawangsa sebagai jurumudi dan kapten pelayaran ke China, untuk mengahwinkan putranya dengan putri Raja China di sebuah tempat yang dinamakan ...