Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Melayu

Pan-pan -Dari Sebuah Kerajaan Naungan Kepada Sebuah Empayar

Imej
Kemunculan Pan-pan adalah suatu misteri yang berpanjangan apabila negara tersebut tiba-tiba menghantar utusan ke China (Dinasti Song Selatan) pada tahun 424 M dan berterusan sehingga tahun 453M. Pan-pan adalah sebuah negara naungan bagi Empayar Funan. Dipercayai Pan-pan dibuka semula oleh Raja Funan ketiga yang bernama Pan-pan. Baginda menuruni takhta Funan dan menyerahkan Takhta kepada Fan-shi-man, ketua panglima Funan di zamannya. Tiga tahun selepas ditabalkan, Pan-pan dikatakan telah mangkat dan takhtanya diberikan kepada Pan-shi-man. Hipotesis saya, Sesuatu sebenarnya telah berlaku. Pan-pan berjaya melarikan diri ke Tun-sun dan membuka negara Pan-pan. Pada masa yang sama, Pan-shi-man yang telah menguasai takhta Funan membina ketumbukan tentera laut yang kuat dan menawan Pan-pan, seterusnya dijadikan negara naungan Funan. Mungkin Fan-shi-man tidak membunuh Pan-pan yang telah membuang segala kekayaannya untuk menjadi sami di Pan-pan. Pan-pan menjadi Bandar Suci Agama Buddha pert...

Funan - Empayar Melayu Yang Gemilang

Imej
Funan, nama yang dinyatakan dalam Rekod Dinasti Liang (Liang-shu) adalah sebuah negara melayu yang gemilang, yang akhirnya menjadi sebuah empayar dengan wilayah takluk yang besar. Nama Funan atau Fou-nan adalah slang cina kepada nama negara tersebut, yang mana kebanyakan sarjana sejarah berpendapat Nama Sebenar Kerajaan tersebut ialah "Bnam" atau Phnom dalam bahasa melayu dan khmer kuno yang membawa maksud gunung. Nama Phnom ini masih digunakan di Kemboja dengan ibukota Phnom Pehn. Sebelum wujudnya Funan, terdapat beberapa kota melayu yang telah wujud, dengan gelaran raja-rajanya Ku atau Kun atau Hun. Antara yang disebut dalam Kronik Liang tersebut, sama ada wujud terlebih dahulu mahupun wujud seiring dengan Funan termasuklah Negara Ki (atau Kiao), Tun-sun, Pi-kien, Lin-yi dan sebagainya. Negara Ratu Soma atau Mayang Mengurai Daripada sebuah negara kecil yang diperintah oleh Ratu Soma atau Liu-ye (Liu = Niu : Nyiur atau kelapa dalam bahasa melayu kuno memu...

Singapura Purba: Waris Kerajaan Malayu Yang Bersinar

Imej
1819 - Stamford Raffles sangat teruja dengan penemuan tembok kota purba di Bukit Larangan, digelarnya Fort Canning Hill. Di atas bukit itu, ditemui maqam raja-raja agung bangsa melayu. Raffles rasa sangat kagum dengan Raja-raja melayu Singapura sampai dia berkata bahawa kalau dia mati, dia mohon disemadikan bersama abu atau mayat raja-raja melayu, yang tersemadi di atas bukit tersebut. Apa yang ditemui oleh Raffles di atas bukit itu?   1360-an - Majapahit sangat marah dengan kebiadapan Tun Seri Pikrama Wira, Maharaja Singapura purba kerana menolak permintaannya supaya Singapura membayar ufti dan tunduk ke bawah Kuasa Majapahit. Utusan Majapahit yang dihantarkan ke Singapura pula dimalukan dengan peristiwa menarah kepala budak. Lalu, Betara Majapahit menyerang Kota Singapura, dengan teknik dan taktik yang sama digunakan untuk menundukkan Seluruh negara Pustara dan Lurah Jawa.   Namun, serangan demi serangan tidak langsung mampu memusnahkan tembok kota Singapura. Tetapi, ra...

Benarkah Istana Melaka Hanya di Bukit Melaka (St. Paul) sahaja?

Imej
Kesultanan Melayu Melaka, nama yang sungguh gah di mata dunia. Masakan tidak, ia digelar Venice of The East, ataupun Venice adalah Melaka di Barat… Begitu gahnya Melaka yang sangat kaya-raya di zamannya. Dikhabarkan istana Melaka itu sendiri penuh dengan perhiasan emas, bersepuh emas dan ada kereta kuda lengkap diperbuat daripada emas. Menurut cerita lisan, memang ada projek membina jambatan emas dan jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang. Namun begitu, peninggalan Melaka amatlah jarang di dapati. Adapun, Portugis tidak dapat bertapak di Melaka jika Sultan Melaka pada waktu itu iaitu Sultan Ahmad Syah tidak meninggalkan kubu pertahanan Melaka seperti yang dinasihatkan oleh pembesar-pembesar istana pada masa itu. Menurut catatan Portugis pada tahun tersebut, serangan demi serangan yang dilakukan dapat dipatahkan. Namun, apabila tempoh bertenang yang diberikan selama seminggu atau tiga hari (ada dua sumber), Portugis berjaya masuk ke dalam kubu yang telah ditinggalkan. Peta K...

Tanah Bertuah, Tumpuan Perdagangan Dari Dunia Purba Hingga Sekarang

Imej
Inilah tanah bertuah, Tanah tumpahnya darahku, Tumpuan pedagang dari serata dunia Dari Timur, Barat, Utara mahupun Selatan Dari zaman dahulu hinggalah ke hari ini Tamadun yang dikurniakan kekayaan Emas, Besi, Timah, rempah dan laluan antarabangsa... antara Tamadun Timur dan Barat. Setiap tamadun yang menjadi tumpuan perdagangan mestilah mempunyai produk tersendiri yang menarik minat mereka untuk datang ke sini, sama ada membeli-belah, berlibur mahupun bersosial. Umpama Midvalley, setiap hari semestinya penuh dengan ummat manusia kerana menjanjikan pelbagai keseronokan, daripada membeli-belah, menonton wayang, makan-makan serta lepak-lepak. Begitu juga dengan tamadun purba awal yang melingkari seluruh kepulauan tanah melayu ini, menjanjikan pelbagai produk bermutu kepada semua pedagang yang sanggup datang dari Anatolia mahupun Afrika Selatan. Tambahan pula, warga asli di kepulauan melayu ini dikurniakan bakat navigasi tersendiri yang mampu memacu perahu-perahu dan jong-jong p...

Istana Kesultanan Melayu Melaka Yang Asal, Tidak Logik di Bukit Melaka?

Imej
Saya ditag di dalam status muka buku (facebook) seorang figura yang menayangkan grafik atau ilustrasi Istana Melaka di era Sultan Mahmud yang tersergam indah di puncak bukit Melaka. kemudian, ada individu yang komen menafikan kelogikan ilustrasi tersebut. berikut adalah sedutan pernyataan beliau di sana, " Mintak maaf sy mencelah..ini adalah foto gereja st paul yg dibina pada 1512 oleh portugis..gereja ni terletak betul2 dipuncak bukit st paul..dan gereja ni tak lah besar manapun..apa yg saya nak tekankan disini ialah puncak bukit st paul tak besar..muat2 untuk sebuah gereja kecil..jadi mcmana kita boleh kata istana sultan yg begitu gah boleh dibina diatas puncak bukit st paul yg kecik ni?..kita tak ... boleh merujuk kepada lukisan semata mata..kita kena pergi ketempat itu untuk memahami realiti sebenarnya..a famosa pulak merujuk kepada satu satunya pintu gerbang tembok kota yg mengelilingi bukit st paul..tembok dah jahanam di runtuhkan oleh inggeris yg tak mau ada kaitan d...