Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kerajaan Purba

Jangan lepaskan peluang ini

Imej
Sesungguhnya, tiada yang lebih menyayat hati daripada melihat bangsanya dijajah, fizikalnya mahupun mentalnya. Jika suatu masa dahulu, melayu disogokkan hanya untuk mewarisi "pekerjaan kampung" melalui sekolah-sekolah rakyat yang diwujudkan oleh penjajah British, yang mana nenek moyang kita dahulu dibenarkan bersekolah hanya sampai darjah 6 sahaja semata-mata untuk mewarisi pekerjaan petani biasa ataupun nelayan kecil-kecilan. Momokan melayu sebatang jarum pun tidak mampu hendak perbuat sangat menyakitkan hati, tapi kita telan bulat-bulat apa sahaja yang disuakan oleh penjajah British. Tanpa kita sedari, tradisi maritim kita sedikit demi sedikit terhakis. Kewujudan bandar-bandar pelabuhan di seluruh alam melayu seumpama hilang ditelan zaman, sehingga kita melihat teknologi purba melayu melalui pandangan teknologi sekarang, walhal pengetahuan nenek moyang kita jauh lebih tinggi berbanding sains moden. Seawal abad pertama masihi, telah wujud pelbagai negarakota-negarakota d...

Pan-pan -Dari Sebuah Kerajaan Naungan Kepada Sebuah Empayar

Imej
Kemunculan Pan-pan adalah suatu misteri yang berpanjangan apabila negara tersebut tiba-tiba menghantar utusan ke China (Dinasti Song Selatan) pada tahun 424 M dan berterusan sehingga tahun 453M. Pan-pan adalah sebuah negara naungan bagi Empayar Funan. Dipercayai Pan-pan dibuka semula oleh Raja Funan ketiga yang bernama Pan-pan. Baginda menuruni takhta Funan dan menyerahkan Takhta kepada Fan-shi-man, ketua panglima Funan di zamannya. Tiga tahun selepas ditabalkan, Pan-pan dikatakan telah mangkat dan takhtanya diberikan kepada Pan-shi-man. Hipotesis saya, Sesuatu sebenarnya telah berlaku. Pan-pan berjaya melarikan diri ke Tun-sun dan membuka negara Pan-pan. Pada masa yang sama, Pan-shi-man yang telah menguasai takhta Funan membina ketumbukan tentera laut yang kuat dan menawan Pan-pan, seterusnya dijadikan negara naungan Funan. Mungkin Fan-shi-man tidak membunuh Pan-pan yang telah membuang segala kekayaannya untuk menjadi sami di Pan-pan. Pan-pan menjadi Bandar Suci Agama Buddha pert...

Bukti Kerajaan Funan itu Kerajaan Melayu

Imej
Terlalu banyak pertikaian yang terjadi apabila melibatkan empayar Funan ini. Masakan tidak, Funan adalah simbol kekuasaan dan kejayaan empayar pertama yang dikesan di Asia Tenggara, seawal abad pertama masihi hingga lebih kurang abad ke-6 Masihi. Selama sekurang-kurangnya 600 tahun Funan menaungi kawasan yang sangat luas terbentang, bersempadanan dengan Champa di Timur, Wilayah Yunnan di Utara, Pan-pan di Selatan dan mencapai Anak Benua India di Utara menunjukkan wilayah Funan yang sangat luas dan dapat mengekalkan pemerintahan ke atas pelbagai suku kaum yang berlainan keturunan, warna kulit dan bahasa. Penguasa Funan pastinya suatu kaum purba yang sangat hebat dan mempunyai kebolehan dalam memimpin, membuat diplomasi dan berkebolehan menyatukan kaum-kaum lain. Banyak hipotesis dan pendapat sarjana-sarjana sejarah berkaitan Kaum asal di Funan dan bahasa rasmi Funan. Menurut Vickery (2003), Funan adalah kerajaan Mon-Khmer kerana bahasanya ada persamaan dengan Bahasa Tun-sun, yang mana ...

Funan - Empayar Melayu Yang Gemilang

Imej
Funan, nama yang dinyatakan dalam Rekod Dinasti Liang (Liang-shu) adalah sebuah negara melayu yang gemilang, yang akhirnya menjadi sebuah empayar dengan wilayah takluk yang besar. Nama Funan atau Fou-nan adalah slang cina kepada nama negara tersebut, yang mana kebanyakan sarjana sejarah berpendapat Nama Sebenar Kerajaan tersebut ialah "Bnam" atau Phnom dalam bahasa melayu dan khmer kuno yang membawa maksud gunung. Nama Phnom ini masih digunakan di Kemboja dengan ibukota Phnom Pehn. Sebelum wujudnya Funan, terdapat beberapa kota melayu yang telah wujud, dengan gelaran raja-rajanya Ku atau Kun atau Hun. Antara yang disebut dalam Kronik Liang tersebut, sama ada wujud terlebih dahulu mahupun wujud seiring dengan Funan termasuklah Negara Ki (atau Kiao), Tun-sun, Pi-kien, Lin-yi dan sebagainya. Negara Ratu Soma atau Mayang Mengurai Daripada sebuah negara kecil yang diperintah oleh Ratu Soma atau Liu-ye (Liu = Niu : Nyiur atau kelapa dalam bahasa melayu kuno memu...

Rekod Liang berkenaan Negara Berjiranan dengan Funan - Dokumen Yang Membenarkan Kemelayuan Funan.

Imej
  Tun Sun   1. Wilayah Vassal (Negara Bawahan) Funan (Negara Tun Sun) semuanya ada seorang pemerintah tertinggi (Raja Bawahan). Pegawai tertinggi kanan dan pegawai tertinggi kiri bagi Raja semuanya bernama Kun Lun. Pada Zaman Sui (Kurun ke-6 M), nama keluarga bagi Maharaja kerajaan Tun Sun ialah Kou Long. Dalam kerajaan tersebut, kebanyakan rakyatnya menggunakan Kou Long sebagai nama keluarga. Orang tua-tua, apabila ditanya, mereka berkata bahawa Kun Lun bukanlah nama keluarga. Ia adalah perubahan kata (corruption) daripada Kun Lun.   2. Dalam kerajaan itu, banyak orang yang mempunyai nama keluarga Kou Long. Apabila ditanya kepada orang-orang tua yang ada ingatan yang baik, mereka berkata bahawa Kun Lun bukanlah nama keluarga.   3. Kota Tun Sun terletak 10 li daripada laut. (1 li = 418m). Terdapat lima orang raja. Kesemuanya adalah Negara Bawahan (Vassal) Kerajaan Funan. Timur Wilayah Tun Sun menjadikan ia ada hubungan dengan Kiao tchou (berjiranan), baratnya pula...

Dari Kedah Tua, Jawaka, Kunlun kepada Pembentukan Funan

Imej
Kedah Tua dikenalpasti merupakan sebuah wilayah yang kaya raya dengan perdagangan besi keluli antara terbaik dunia, sejak kurun ke-5 S.M. lagi dan menjadi sebuah pelabuhan yang kaya raya. Tidak hairanlah jika banyak negarakota yang cemburu dan mahu menakluki Kedah, walaupun pelabuhan Takua Pa dan Tenasserim lebih utara daripada Kedah Tua, dan ada laluan rentas semenanjung (Trans-Peninsular) di sana. Dari Takua Pa atau dari Tenasserim, Kapal-kapal akan melalui laluan Rentas Semenanjung untuk menuju ke pelabuhan seterusnya iaitu di Ec Eo.   Namun, disebabkan permintaan besi keluli untuk senjata sangat tinggi menyebabkan Pelabuhan Kedah Tua di Sungai Batu menjadi sangat popular. Keadaan ini menjadikan Kedah Tua sasaran untuk dijadikan negara taklukan kepada empayar-empayar yang lebih hebat persenjataan, ketenteraan dan tentera laut mereka. Sejak Tahun 600 S.M. lagi, Kedah sentiasa terancam dengan serangan dan penaklukan dari pelbagai pihak yang mahu menguasai laluan perdagangan. Nam...

Kedah Tua… Dari Sebuah Kota Kepada Sebuah Empayar

Imej
  Kerajaan Kesultanan Kedah adalah kerajaan yang diiktiraf sebagai kesultanan yang tertua di dunia. Semenjak Phra Ong Mahawangsa Durbar Raja II, Raja Kedah yang ke-9 memeluk islam dan menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Syah I pada Tahun 1136 M, nasabnya kekal sehingga kini iaitu Yang Dipertuan Agong sekarang, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Syah inbi Al-Marhum Sultan Badlisyah, Sultan Kedah yang ke-27.   Namun, sejarah negara Kedah amatlah jauh. Jauh lebih lama daripada zaman Kesultanan Kedah. Ia bukan bermula dengan Merong Mahawangsa ataupun Maharaja Durbar Raja I. Merong Mahawangsa berkemungkinan adalah pahlawan dan nakhoda melayu daripada zaman Heraclius atau Heraclonas, dua pemerintah bersama dalam empayar Rom Timur (Bizantine). Selepas kejayaan mengalahkan Parsi (Perang dengan Khosrau II), Mungkin Heraclius menghantar Merong Mahawangsa sebagai jurumudi dan kapten pelayaran ke China, untuk mengahwinkan putranya dengan putri Raja China di sebuah tempat yang dinamakan ...

Tanah Bertuah, Tumpuan Perdagangan Dari Dunia Purba Hingga Sekarang

Imej
Inilah tanah bertuah, Tanah tumpahnya darahku, Tumpuan pedagang dari serata dunia Dari Timur, Barat, Utara mahupun Selatan Dari zaman dahulu hinggalah ke hari ini Tamadun yang dikurniakan kekayaan Emas, Besi, Timah, rempah dan laluan antarabangsa... antara Tamadun Timur dan Barat. Setiap tamadun yang menjadi tumpuan perdagangan mestilah mempunyai produk tersendiri yang menarik minat mereka untuk datang ke sini, sama ada membeli-belah, berlibur mahupun bersosial. Umpama Midvalley, setiap hari semestinya penuh dengan ummat manusia kerana menjanjikan pelbagai keseronokan, daripada membeli-belah, menonton wayang, makan-makan serta lepak-lepak. Begitu juga dengan tamadun purba awal yang melingkari seluruh kepulauan tanah melayu ini, menjanjikan pelbagai produk bermutu kepada semua pedagang yang sanggup datang dari Anatolia mahupun Afrika Selatan. Tambahan pula, warga asli di kepulauan melayu ini dikurniakan bakat navigasi tersendiri yang mampu memacu perahu-perahu dan jong-jong p...