Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kurun ke-6M

Politi Kerajaan-Kerajaan Melayu dari Pertengahan Abad ke-6 hingga Abad ke-7M

Imej
Selepas kejatuhan Kerajaan Funan dikeronyok oleh gabungan tentera Bhavavarman dari wangsa Funan (campuran dengan Chen-la) sendiri dan Citrasena yang merupakan sepupu baginda Bhavavarman, Rudravarman yang juga datuk kepada Bhavavarman terpaksa akur dengan kejatuhan Kota Vyadhapura dan penaklukan Tentera Chen-la ke atas Bandar Pelabuhan Oc-eo. Rudravarman yang di dalam kempen penaklukan ke atas kerajaan-kerajaan melayu di pesisir-pesisir pantai atau Kota Maritim yang telah menjejaskan hegemoni perdagangan Funan yang menjadi pusat pengumpulan barangan-barangan seantero kepulauan melayu. Setelah Negara Takuapa, Tanah Merah, Langkasuka dan Kedah melepaskan diri dari menjadi negara bawahan (vassal) Funan, Rudravarman mengalami kemerosotan kerana laluan perdagangan yang strategik ini (menyeberangi Segenting   Kra) tidak lagi singgah di Oc-eo kerana teknologi pelayaran di masa itu telah berubah kepada terus ke Panduranga, iaitu pelabuhan Kerajaan Champa. Keadaan ini menyebabkan Mahara...

Pan-pan -Dari Sebuah Kerajaan Naungan Kepada Sebuah Empayar

Imej
Kemunculan Pan-pan adalah suatu misteri yang berpanjangan apabila negara tersebut tiba-tiba menghantar utusan ke China (Dinasti Song Selatan) pada tahun 424 M dan berterusan sehingga tahun 453M. Pan-pan adalah sebuah negara naungan bagi Empayar Funan. Dipercayai Pan-pan dibuka semula oleh Raja Funan ketiga yang bernama Pan-pan. Baginda menuruni takhta Funan dan menyerahkan Takhta kepada Fan-shi-man, ketua panglima Funan di zamannya. Tiga tahun selepas ditabalkan, Pan-pan dikatakan telah mangkat dan takhtanya diberikan kepada Pan-shi-man. Hipotesis saya, Sesuatu sebenarnya telah berlaku. Pan-pan berjaya melarikan diri ke Tun-sun dan membuka negara Pan-pan. Pada masa yang sama, Pan-shi-man yang telah menguasai takhta Funan membina ketumbukan tentera laut yang kuat dan menawan Pan-pan, seterusnya dijadikan negara naungan Funan. Mungkin Fan-shi-man tidak membunuh Pan-pan yang telah membuang segala kekayaannya untuk menjadi sami di Pan-pan. Pan-pan menjadi Bandar Suci Agama Buddha pert...

Bukti Kerajaan Funan itu Kerajaan Melayu

Imej
Terlalu banyak pertikaian yang terjadi apabila melibatkan empayar Funan ini. Masakan tidak, Funan adalah simbol kekuasaan dan kejayaan empayar pertama yang dikesan di Asia Tenggara, seawal abad pertama masihi hingga lebih kurang abad ke-6 Masihi. Selama sekurang-kurangnya 600 tahun Funan menaungi kawasan yang sangat luas terbentang, bersempadanan dengan Champa di Timur, Wilayah Yunnan di Utara, Pan-pan di Selatan dan mencapai Anak Benua India di Utara menunjukkan wilayah Funan yang sangat luas dan dapat mengekalkan pemerintahan ke atas pelbagai suku kaum yang berlainan keturunan, warna kulit dan bahasa. Penguasa Funan pastinya suatu kaum purba yang sangat hebat dan mempunyai kebolehan dalam memimpin, membuat diplomasi dan berkebolehan menyatukan kaum-kaum lain. Banyak hipotesis dan pendapat sarjana-sarjana sejarah berkaitan Kaum asal di Funan dan bahasa rasmi Funan. Menurut Vickery (2003), Funan adalah kerajaan Mon-Khmer kerana bahasanya ada persamaan dengan Bahasa Tun-sun, yang mana ...

Funan - Empayar Melayu Yang Gemilang

Imej
Funan, nama yang dinyatakan dalam Rekod Dinasti Liang (Liang-shu) adalah sebuah negara melayu yang gemilang, yang akhirnya menjadi sebuah empayar dengan wilayah takluk yang besar. Nama Funan atau Fou-nan adalah slang cina kepada nama negara tersebut, yang mana kebanyakan sarjana sejarah berpendapat Nama Sebenar Kerajaan tersebut ialah "Bnam" atau Phnom dalam bahasa melayu dan khmer kuno yang membawa maksud gunung. Nama Phnom ini masih digunakan di Kemboja dengan ibukota Phnom Pehn. Sebelum wujudnya Funan, terdapat beberapa kota melayu yang telah wujud, dengan gelaran raja-rajanya Ku atau Kun atau Hun. Antara yang disebut dalam Kronik Liang tersebut, sama ada wujud terlebih dahulu mahupun wujud seiring dengan Funan termasuklah Negara Ki (atau Kiao), Tun-sun, Pi-kien, Lin-yi dan sebagainya. Negara Ratu Soma atau Mayang Mengurai Daripada sebuah negara kecil yang diperintah oleh Ratu Soma atau Liu-ye (Liu = Niu : Nyiur atau kelapa dalam bahasa melayu kuno memu...