Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kurun ke-2M

Bukti Kerajaan Funan itu Kerajaan Melayu

Imej
Terlalu banyak pertikaian yang terjadi apabila melibatkan empayar Funan ini. Masakan tidak, Funan adalah simbol kekuasaan dan kejayaan empayar pertama yang dikesan di Asia Tenggara, seawal abad pertama masihi hingga lebih kurang abad ke-6 Masihi. Selama sekurang-kurangnya 600 tahun Funan menaungi kawasan yang sangat luas terbentang, bersempadanan dengan Champa di Timur, Wilayah Yunnan di Utara, Pan-pan di Selatan dan mencapai Anak Benua India di Utara menunjukkan wilayah Funan yang sangat luas dan dapat mengekalkan pemerintahan ke atas pelbagai suku kaum yang berlainan keturunan, warna kulit dan bahasa. Penguasa Funan pastinya suatu kaum purba yang sangat hebat dan mempunyai kebolehan dalam memimpin, membuat diplomasi dan berkebolehan menyatukan kaum-kaum lain. Banyak hipotesis dan pendapat sarjana-sarjana sejarah berkaitan Kaum asal di Funan dan bahasa rasmi Funan. Menurut Vickery (2003), Funan adalah kerajaan Mon-Khmer kerana bahasanya ada persamaan dengan Bahasa Tun-sun, yang mana ...

Funan - Empayar Melayu Yang Gemilang

Imej
Funan, nama yang dinyatakan dalam Rekod Dinasti Liang (Liang-shu) adalah sebuah negara melayu yang gemilang, yang akhirnya menjadi sebuah empayar dengan wilayah takluk yang besar. Nama Funan atau Fou-nan adalah slang cina kepada nama negara tersebut, yang mana kebanyakan sarjana sejarah berpendapat Nama Sebenar Kerajaan tersebut ialah "Bnam" atau Phnom dalam bahasa melayu dan khmer kuno yang membawa maksud gunung. Nama Phnom ini masih digunakan di Kemboja dengan ibukota Phnom Pehn. Sebelum wujudnya Funan, terdapat beberapa kota melayu yang telah wujud, dengan gelaran raja-rajanya Ku atau Kun atau Hun. Antara yang disebut dalam Kronik Liang tersebut, sama ada wujud terlebih dahulu mahupun wujud seiring dengan Funan termasuklah Negara Ki (atau Kiao), Tun-sun, Pi-kien, Lin-yi dan sebagainya. Negara Ratu Soma atau Mayang Mengurai Daripada sebuah negara kecil yang diperintah oleh Ratu Soma atau Liu-ye (Liu = Niu : Nyiur atau kelapa dalam bahasa melayu kuno memu...

Rekod Liang berkenaan Negara Berjiranan dengan Funan - Dokumen Yang Membenarkan Kemelayuan Funan.

Imej
  Tun Sun   1. Wilayah Vassal (Negara Bawahan) Funan (Negara Tun Sun) semuanya ada seorang pemerintah tertinggi (Raja Bawahan). Pegawai tertinggi kanan dan pegawai tertinggi kiri bagi Raja semuanya bernama Kun Lun. Pada Zaman Sui (Kurun ke-6 M), nama keluarga bagi Maharaja kerajaan Tun Sun ialah Kou Long. Dalam kerajaan tersebut, kebanyakan rakyatnya menggunakan Kou Long sebagai nama keluarga. Orang tua-tua, apabila ditanya, mereka berkata bahawa Kun Lun bukanlah nama keluarga. Ia adalah perubahan kata (corruption) daripada Kun Lun.   2. Dalam kerajaan itu, banyak orang yang mempunyai nama keluarga Kou Long. Apabila ditanya kepada orang-orang tua yang ada ingatan yang baik, mereka berkata bahawa Kun Lun bukanlah nama keluarga.   3. Kota Tun Sun terletak 10 li daripada laut. (1 li = 418m). Terdapat lima orang raja. Kesemuanya adalah Negara Bawahan (Vassal) Kerajaan Funan. Timur Wilayah Tun Sun menjadikan ia ada hubungan dengan Kiao tchou (berjiranan), baratnya pula...

Rekod Kronik Liang Mengenai Funan: Suatu Dokumen Yang Sangat Penting

Imej
  Peta Empayar Funan pada kurun ke-3 M Rekod dari Negara China pada masa dahulu sangat penting kerana ia adalah catatan dan bukti prime yang sangat jelas. Pada pertengahan kurun ke-3 M, dua orang pengembara, K’ang T’ai dan Zhu Y’ing telah melawat Vyadharapura (bandar pemburu), ibukota lagenda Kerajaan Funan. Rekod mereka menjadi rekod empirikal terpenting berkenaan Funan.   The Liang Shu account from Chinese Empirical Records Tiada penterjemahan daripada teks asal, yang ada hanya salinan. Teks bertulisan cina diterbitkan oleh Paul Wheatley, The Golden Chersonese, University of Malaya Press, 1966. Saya menterjemahkan kembali teks daripada bahasa inggeris yang diterjemahkan oleh Yun (China History Forum). Kerajaan Funan terletak Selatan daripada Wilayah Rinan (Utara Vietnam), di teluk besar yang terletak ke arah barat daripada lautan. Jaraknya 7,000 li dari Rinan, dan lebih 3,000 li ke arah Barat Daya dari Lin-yi (Champa). Ibukotanya pula terletak 500 li dari la...

Dari Kedah Tua, Jawaka, Kunlun kepada Pembentukan Funan

Imej
Kedah Tua dikenalpasti merupakan sebuah wilayah yang kaya raya dengan perdagangan besi keluli antara terbaik dunia, sejak kurun ke-5 S.M. lagi dan menjadi sebuah pelabuhan yang kaya raya. Tidak hairanlah jika banyak negarakota yang cemburu dan mahu menakluki Kedah, walaupun pelabuhan Takua Pa dan Tenasserim lebih utara daripada Kedah Tua, dan ada laluan rentas semenanjung (Trans-Peninsular) di sana. Dari Takua Pa atau dari Tenasserim, Kapal-kapal akan melalui laluan Rentas Semenanjung untuk menuju ke pelabuhan seterusnya iaitu di Ec Eo.   Namun, disebabkan permintaan besi keluli untuk senjata sangat tinggi menyebabkan Pelabuhan Kedah Tua di Sungai Batu menjadi sangat popular. Keadaan ini menjadikan Kedah Tua sasaran untuk dijadikan negara taklukan kepada empayar-empayar yang lebih hebat persenjataan, ketenteraan dan tentera laut mereka. Sejak Tahun 600 S.M. lagi, Kedah sentiasa terancam dengan serangan dan penaklukan dari pelbagai pihak yang mahu menguasai laluan perdagangan. Nam...