Benarkah Istana Melaka Hanya di Bukit Melaka (St. Paul) sahaja?
Kesultanan Melayu Melaka, nama yang sungguh gah di mata dunia. Masakan tidak, ia digelar Venice of The East, ataupun Venice adalah Melaka di Barat… Begitu gahnya Melaka yang sangat kaya-raya di zamannya. Dikhabarkan istana Melaka itu sendiri penuh dengan perhiasan emas, bersepuh emas dan ada kereta kuda lengkap diperbuat daripada emas. Menurut cerita lisan, memang ada projek membina jambatan emas dan jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang. Namun begitu, peninggalan Melaka amatlah jarang di dapati. Adapun, Portugis tidak dapat bertapak di Melaka jika Sultan Melaka pada waktu itu iaitu Sultan Ahmad Syah tidak meninggalkan kubu pertahanan Melaka seperti yang dinasihatkan oleh pembesar-pembesar istana pada masa itu. Menurut catatan Portugis pada tahun tersebut, serangan demi serangan yang dilakukan dapat dipatahkan. Namun, apabila tempoh bertenang yang diberikan selama seminggu atau tiga hari (ada dua sumber), Portugis berjaya masuk ke dalam kubu yang telah ditinggalkan. Peta K...