Misteri Nagapattinam, Chudamani Vihara dan Raja-raja Sailendra (Srivijaya)
Kalau mengikut Sejarah Melayu versi Shellabear, Abdullah Munsyi dsbnya, kita dapati Raja Suran yang menakluk Gangga Nagara dan Ganggayu tu ialah Rajendra Chola yg menjarah kota-kota pelabuhan, selari dengan dapatan daripada Inskripsi Tanjore...
Namun, mengikut Susunan Raja Bongsu yang dikatakan naskhah asal sebelum diambil dari Goa, Raja Syulan yang menewaskan Raja Gangga Nagara ialah Seorang Raja yang datang dari Nagapatnam, Kota Pelabuhan di Pantai Timur Anak Benua India. Umum kita tahu Nagapatnam sehingga Vengi merupakan kawasan jajahan Empayar Chola. Namun, ada Lompong yang sukar difahami.
1) Ibukota Rajendra Chola ialah Thanjavur (Tanjore) dan kemudian berpindah ke Gangaikonda Cholakurram, ke arah Barat Nagapattinam, bukan Nagapattinam itu sendiri.
2) Terdapat sebuah Inskripsi yang digelar Large Leyden Copperplate yang menceritakan berkenaan pmbinaan sebuah Biara Buddha yang dinamakan Chudamani Vihara. Vihara Buddha ini dibina oleh Mara Vijayatungga Varman, Maharaja Emperium Srivijaya, wangsa Sailendra yang berpusat di Kedah Tua (Kadaram) sempena jasa bapanya Soolamanivarman (Chulamanivarman atau Chudamanivarman), pada tahun 1008 CE...
3) Serangan dan Jarahan Rajendra Chola berlaku pada Tahun 1025, 17 tahun selepas pembinaan Vihara tersebut. Umum kita tahu, sejarah ditulis oleh orang yang menang. Rajendra Chola dikatakan menjarah Kedah, sebagai cara menguasai laluan perdagangan dengan China, seterusnya mendominasikan agama Hindu ke atas agama Buddha yg dianuti di Sri Lanka dan Srivijaya. Namun, Vihara Buddha dan plat tembaga ini tidak dimusnahkan sama sekali?
4) seterusnya, terdapat 3 inskripsi lain di Nagapattinam yg menceritakan pemberian geran kepada wakil kerajaan Srivijaya. Srivijaya pun ada beri hadiah dan emas permata kepada kerajaan Chola, begitu juga lah kerajaan Chola terhadap kampung2 tersebut di Nagapattinam.
5) Terdapat sebuah inskripsi pada tahun 1070-an (Zmn Kulothungga) yg menyatakan pemberian Geran kepada wakil Srivijaya di Nagapatnam??
6) Segala puzzled yang berselerakan di Nagapattinam merujuk kepada Srivijaya dan Sri Lanka. Oleh yang demikian, hipotesis yang mahu saya rungkaikan berkenaan dengan Raja Syulan (atau Suran atau whatever) ialah, baginda ialah Syulamanivarman, Maharaja Srivijaya yg berpusat di Kedah dalam tahun 990-1010 M. Baginda menduduki dan membuka pelabuhan Nagapattinam sebagai salah satu emperium Srivijaya di bawah kelolaan Silan (Sri Lanka). Kemudian, baginda menyerang Gangga Negara (Perak Tua) dan meneruskan kempennya ke Ganggayu (mungkin Bekas kerajaan Funan, Cenla, Chih Tu and whatsoever) dan berkahwin dengan Puteri Onangkiu (Nama gelaran biasa bagi House of Chenla or Ayuthayya), mendapat Seorang Puteri yang bernama Chandani Wasis. Lalu baginda membawa Chandani Wasis ke Nagapatnam dan berkahwin dengan Raja Suran Fad Syah, lalu dapatlah cucunda baginda yang bernama Raja Chulan. Ikut peristiwa, Raja Chulan ini mungkin Samara Vijayatungga yang menentang Rajendra Chola dan membebaskan semua pelabuhan Srivijaya, sebelum mewujudkan Negara Tambralingga di Grahi...

Ulasan
Catat Ulasan